BERAPA LITER AIR DIPERLUKAN UNTUK PADAM SEBUAH TESLA YANG TERBAKAR?

oleh Firdaus Razani|
Sekurang-kurangnya lebih 36,000 gelen air atau 136,000 liter air yang diperlukan oleh anggota bomba untuk memadamkan Tesla yang terbakar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia adalah 36 kali ganda jumlah air yang diperlukan berbanding memadamkan sebuah kenderaan berkuasa petrol.

Baru-baru ini, di Amerika Syarikat, sebuah Tesla Model Y telah terlibat dalam satu kemalangan kebakaran dan jabatan bomba melaporkan Model Y tersebut telah terbakar sepenuhnya apabila tiba di lokasi.

Jabatan bomba itu telah mendedahkan bahawa ia mengambil lebih daripada 36,000 gelen air untuk mengawal Tesla Model Y tersebut.
 

TESLA


Walaupun pemandu berjaya selamatkan diri, tetapi kenderaan mereka tidak bernasib baik kerana pek bateri dilaporkan mengalami kerosakan yang amat teruk.

Dari kerosakan tersebut, boleh menyebabkan peningkatan pesat suhu sehingga 2,500° C dan tekanan pada sel bateri, yang seterusnya boleh terbakar apabila disertai dengan pembebasan gas mudah terbakar.

Tambahan pula, asap dari kereta elektrik yang terbakar boleh menghasilkan gas Hidrogen Fluorida dan Hidrogen Klorida dan kedua-duanya adalah toksik kepada pernafasan dan memerlukan anggota bomba memakai alat pernafasan.

Oleh itu, anggota bomba terpaksa menutup lebuh raya tersebut dan mengambil masa lebih satu jam untuk memadamkan kebakaran tersebut.

SUMBER : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…