Bersin punca kemalangan Impreza

oleh HEZERI SAMSURI|

Sebuah Subaru Impreza hilang kawalan dan melanggar pembahagi dan sebatang lampu jalan di Lorong 1 Toa Payoh, Singapura semalam.

Abdul Rahman Hassan, seorang pesara di Singapura berusia 66 tahun memberitahu akhbar The Straits Times bahawa beliau dalam perjalanan untuk mengambil cucunya yang berusia tiga tahun dari tadika semasa kemalangan tersebut berlaku.

 

 

"Saya bersin kuat dan tiba-tiba saya terlanggar pembahagi jalan dan tiang lampu. Saya tidak terasa takut kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila masa," terang beliau.

Subaru Impreza warna biru milik beliau rosak teruk tetapi Rahamn tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kereta saya memang patut dilupuskan tahun hadapan. Jika saya tidak boleh membaikinya, saya kira saya terus lupuskan sahaja."  

* Laporan asal dan gambar dari Straits Times

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun untuk makluman ia masih lagi belum dilancarkan secara rasmi di tanah tumpahnya minyak hitam…
Berita Global
Yang pertama, Subaru Impreza tidak lagi didatangkan dalam bentuk badan sedan, dan yang kedua,…
Berita Global
Teaser terbaharu 'P25' yang didedahkan oleh Prodrive ini memperlihatkan garis badan sebuah Subaru…