BHPETROL ANJURKAN PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN CUTI TAHUN BARU CINA DAN PULANG KE KAMPUNG

oleh Firdaus Razani|
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dengan kerjasama rakan strategik Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah menganjurkan “Program Sambutan Tahun Baru Cina dan Balik Kampung dengan Selamat di BHPetrol Jalan Kebun, Klang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program ini telah dirasmikan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BHpetrol, Ir Azizul Azily Ahmad bersama wakil daripada BKJR Putrajaya dan JPJ.

 

bhpetrol

 

Seramai 150 orang telah menghadiri program ini yang terdiri daripada pihak pengurusan BHPetrol, pengusaha stesen BHPetrol di kawasan Lembah Klang, media, komuniti setempat dan pelanggan BHPetrol.

 

bhpetrol

 

Selain menjadi acara tahunan BHPetrol, tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina bersama para pengunjung BHPetrol.

 

bhpetrol

 

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan Tarian Singa yang menjadi penyambut kepada tetamu serta peraduan teka jumlah buah limau dalam bakul untuk memeriahkan lagi program.

 

bhpetrol

 

Pengunjung turut berpeluang mendapatkan tips keselamatan jalan raya serta pemeriksaan kenderaan yang dijalankan dengan kerjasama oleh pihak BKJR.

 

bhpetrol

 

Selain itu, pengunjung ke stesen minyak BHPetrol Jalan Kebun itu turut mendapat buah tangan dan ang pao dari BHPetrol serta topi keledar baharu daripada JPJ untuk penunggang motosikal yang berkunjung.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara yang menjadi cabaran paling utama masa kini ialah kenaikan setiap harga barang di mana ia…
Berita Domestik
Menerusi kerjasama ini, Maxis sebagai penyedia rangkaian akan menyediakan SD-WAN (Software-Defined…
Berita Global
Menurut laporan dari Bloomberg, konglomerat yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu dilaporkan sedang…