BIMS 2023: Honda ST125 Dax edisi terhad dengan liveri Tamiya, harga dari RM13k

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Bangkok International Motor Show 2023, Honda membawakan sebuah model motosikal mini yang bakal menjadi rebutan ramai, iaitu Honda Dax Tamiya Limited Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berkongsi platform dengan sebuah lagi motosikal mini MSX125 Grom yang popular di ibu kota Thailand, Honda Dax didatangkan dengan enjin silinder tunggal 124 cc sejukan udara yang mampu menghasilkan 9.25 hp @ 7,000 rpm dan daya kilas 10 Nm @ 5,000 Nm.
 

Dax


Dari segi spesifikasi, Dax didatangkan dengan fork hadapan teleskopik dan penyerap hentak berkembar di belakang, diikuti brek cakera 220 mm di depan dan 190 mm di belakang.

Ketinggian pelana adalah sekitar 775 mm.
 

Dax


Dax juga menggunakan sistem lampu jenis LED depan dan belakang, diikuti dengan skrin berbentuk bulat LCD tona tunggal.

Menjadikan Dax ini lebih istimewa ialah layangan warna dua tona biru perak, serta logo jenama ikonik Tamiya yang boleh didapati pada kerangka badan dan juga pelindung ekzos sisi.
 

Dax


Honda ST125 Dax Tamiya Limited Edition merupakan produk ikonik terbaharu daripada CUB House by Honda, dan hanya boleh ditempah sepanjang acara BIMS 2023 berlangsung (22 Mac-2 April 2023).

Harga jualan bermula dari 99,900 baht (RM12,937).

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit yang dipamerkan ini merupakan unit pemanduan sebelah kiri, di mana menurut laporan…
Berita Global
Rata-ratanya berada di dalam kelas yang lebih mahal dan di luar kemampuan golongan kebanyakan…
Berita Global
Sehingga acara Bangkok Internasional Motor Show 2023 berlangsung pada ketika ini, Toyota langsung…