BIMS 2023: Toyota JPN Taxi dengan liveri teksi Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Pada acara Bangkok International Motor Show 2023, Toyota turut mencuri peluang dengan memperlihatkan sebuah model teksi yang biasanya ada di Jepun, iaitu Toyota JPN Taxi.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Kenapa teksi Jepun tiba-tiba muncul di Thailand?

Menurut laporan daripada Headlightmag, Toyota Motor Thailand dikatakan sedang mengkaji kebolehlaksanaan untuk memasang teksi JPN Taxi di sana untuk mempelbagaikan kegunaan teksi di negara itu.
 

JPN Taxi


Tidak seperti teksi sedan tipikal, JPN Taxi merupakan sebuah wagon dengan dimensi bumbung yang lebih tinggi, dan dengan kehadiran pintu gelangsar boleh membuatkannya jauh lebih praktikal untuk memudahkan urusan penumpang keluar dan masuk.

Jarak antara rodanya juga sepanjang 2,750 mm menjadikan ruang kabin yang lebih luas dan selesa.
 

taxi


Selain daripada liveri warna dua tona kuning hijau lambang teksi Thailand, jika anda perasan JPN Taxi (atau THAI Taxi) ini mempunyai plet yang tertera istilah ‘LPG HEV’.

Ini kerana JPN Taxi dikuasakan oleh trenkuasa hibrid THS II yang terdiri daripada enjin 1.5 liter 1NZ-FXP dipadankan dengan bahan api LPG (gas petroleum cecair) bertujuan untuk mencapai penjimatan bahan api sekitar 19.4 km/L (atau 5.15 liter/100 km) dan mengurangkan emisi CO2.
 

TAXI


Secara standard, teksi hijau kuning ini dilengkapi dengan sistem lampu LED Bi-Beam, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, rim bersaiz 15 inci serta pintu gelangsar bukaan elektrik.

Ruang kabin THAI Taxi ini dilengkapi dengan upholsteri kulit sintetik, corong pendingin hawa baris kedua, meter teksi sementara butang kawalan iklim pula diletakkan pada bahagian kanan sebelah roda stereng.
 

JPN


Bahagian kargo pula adalah sebesar 401 liter yang mampu memuatkan sehingga dua beg keras bersaiz besar dan empat beg golf.

Kelengkapan keselamatan Toyota Safety Sense C (TSS-C) merangkumi ciri seperti sistem brek automatik, bantuan suluhan tinggi, amaran keluar lorong, amaran pergerakan kenderaan hadapan, serta ciri pasif termasuklah enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Kenderaan serta lampu kecemasan automatik.

Baca: Toyota JPN Taxi dijadikan hotel bergerak

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit yang dipamerkan ini merupakan unit pemanduan sebelah kiri, di mana menurut laporan…
Berita Global
Rata-ratanya berada di dalam kelas yang lebih mahal dan di luar kemampuan golongan kebanyakan…
Berita Global
Sehingga acara Bangkok Internasional Motor Show 2023 berlangsung pada ketika ini, Toyota langsung…