BMW M janji akan terus tawar transmisi manual hingga 2030

oleh Mohamad Hanif|
Sudah tidak banyak kereta baharu dengan penawaran transmisi manual yang ada di pasaran, kebanyakannya dikhususkan untuk segmen kereta berprestasi tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mujur BMW menerusi divisyen M mereka masih lagi sudi menawarkan model-model bertransmisi manual, walaupun tidak semua pasaran mendapat model dengan tiga pedal itu.

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh CarBuzz, bos BMW M Frank van Meel ditanya berkenaan masa depan transmisi manual setelah pengeluar itu beralih kepada penggunaan trenkuasa berelektrik.

Jawapan yang diterima amat menarik perhatian, di mana van Meel memberitahu pihaknya akan terus menawarkan model (M2, M3 dan M4) bertransmisi manual sehingga akhir dekad ini.
 

M3


"Sayang sekali, penawaran transmisi manual tidak meluas seperti dahulu. Ia lebih kepada segmen berprestasi tinggi seperti M2, M3 dan juga M4. Dan untuk kereta-kereta tersebut, kami akan terus menawarkan kotak gear manual dan kami akan mengekalkan penawaran tersebut sehingga akhir dekad ini.

Ujarnya lagi, keputusan untuk mengekalkan penawaran transmisi manual sebenarnya banyak dibantu oleh petisyen dalam talian dan kempen yang dijalankan sendiri oleh para peminatnya.

Menurut Timo Resch, naib presiden jualan, jenama dan pelanggan BMW M menjelaskan, untuk mendapatkan lampu hijau daripada barisan eksekutif BMW bukan satu perkara mudah.
 

AT


Sehinggakan para jurutera turut bertanya kenapa transmisi tersebut masih lagi dipilih sedangkan transmisi automatik jauh lebih pantas, namun pihak pemasaran sekadar menjawab: "Permintaan para peminat".

Sayang sekali, permintaan terhadap transmisi manual tersebut mungkin tidak cukup kuat di sini.

 

Sumber: CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
Teknologi masa kini yang lebih moden telah melahirkan pelbagai jenis transmisi automatik yang lebih…
Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…