BMW Malaysia lancar dua aplikasi mobiliti untuk pemilik BMW, MINI

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia baru-baru ini melancarkan dua aplikasi mudah alih yang dikhususkan untuk para pemilik BMW dan MINI, iaitu My BMW App baharu dan MINI App baharu menggantikan BMW dan MINI Connected Apps yang ada pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua aplikasi My BMW App dan MINI App ini menampilkan rekaan serba baharu yang lebih intuitif serta menawarkan pengalaman yang lebih mesra pengguna, seperti akses mudah, pengurusan status kenderaan serta membolehkan pengguna menghubungi pusat servis BMW atau MINI secara terus.

My BMW App dan MINI App ini mempunyai tiga tab yang khusus iaitu

1. Home

2. Vehicle

  • akses jarak jauh kepada perkhidmatan seperti Pengecasan Aktif, Pencarian Kenderaan, Kunci dan Nyahkunci Jarak Jauh, Tetapan dan Pemasaan Kawalan Suhu Kabin.
  • fungsi khusus pada My BMW App seperti Bantuan Menghidupkan Enjin Jarak Jauh, Flashlights, dan Naiktaraf Perisian Jarak Jauh
  • menguruskan servis dan penyelenggaraan kenderaan, termasuklah informasi kempen recall, dan jadual temujanji dalam talian
  • BMW and MINI Roadside Assistance
  • Driver's Guide
  • ciri E-Mobility yang memaparkan informasi seperti tahap kapasiti bahan api/bateri, jarak serta status pengecasan, sejarah pengecasan

3. Map

  • memaparkan informasi seperti pencarian peta, Point of Interest (POI), fasiliti parkir dan pusat pengecasan, butiran stesen pengecasan
  • pemilik boleh menghantar destinasi yang dituju kepada kenderaan, serta lokasi yang dikongsi daripada aplikasi luaran
  • Range Circle on Map membolehkan pemilik mengenalpasti destinasi yang boleh dicapai berdasarkan jarak operasi semasa

 


Selain daripada itu, terdapat juga fungsi penyesuaian profil di mana pemilik boleh memilih gambar kegemaran untuk digunakan pada profil pemandu.

Eksklusif untuk aplikasi My BMW App baharu, terdapat ciri tambahan Connected Drive Store serta ciri Discover BMW.

Untuk para pemilik yang menggunakan peranti iOS, mereka boleh memautkan BMW Digital Key dengan aplikasi My BMW App dengan mengaktifkan Connected Drive Services dan kenderaan BMW mereka perlu dihubungkan dengan BMW ID.

My BMW App dan MINI App, masing-masing akan menggantikan aplikasi BMW Connected dan MINI Connected secara menyeluruh menjelang Julai tahun ini. Di samping itu, pengguna yang sudah berdaftar di bawah aplikasi BMW dan MINI tidak perlu mendaftar sekali lagi untuk mengakses My BMW App dan MINI App.

Kedua-dua aplikasi baharu tersebut kini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai My BMW App dan MINI App, sila layari www.bmw.com.my/en/topics/bmw-owners/bmw-apps/my-bmw-app.html dan www.mini.my/en_MY/home/range/mini-connected/app.html.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu paparan gambar pemilik e-LMM yang…
Berita Domestik
Menerusi kerjasama dengan pengendali titik pengecasan (CPO) seperti CDG Engie, City Energy Go dan…
Berita Domestik
Selain daripada itu, aplikasi ini juga boleh bertindak sebagai hab sentral untuk promosi dan…