Bonus RM53,776 bagi setiap petugas pasukan Mercedes sekiranya dinobat juara

oleh SALINA JALIL|
Semua 1,200 petugas Mercedes bakal menerima bonus sekurang-kurangnya £10,000 (RM53,776) seorang jika pasukan Lewis Hamilton itu mengesahkan kejuaraan ketujuh berturut-turut pada hari ini.

Pendahulu kejohanan, Hamilton atau rakan sepasukan Valtteri Bottas hanya perlu menduduki tempat keempat di Grand Prix Emilia Romagna di San Marino untuk menambah koleksi Silver Arrow selain Hamilton sendiri berpeluang mengesahkan gelaran dunia ketujuhnya seawal di GP Turki dengan baki tiga perlumbaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mercedes mendahului Red Bull dengan 209 mata dengan 220 lagi boleh diperolehi.

 

Pasukan berpangkalan di Brackley itu kini muncul pasukan keempat F1 paling berjaya tetapi boleh mengatasi Williams dengan dua lagi kemenangan.

 

Bagaimanapun, bekas juara 1996, Damon Hill berkata Hamilton mungkin boleh menjuarai 10 gelaran dunia tetapi statusnya sebagai yang terhebat boleh dipersoalkan akibat ketiadaan pencabar sebenar.

 

Hill percaya Hamilton perlu dicabar dan menewaskan pemandu lain yang sama taraf dengannya jika mahu melenyapkan sebarang kritikan.

 

"Terdapat risiko pencapaian Lewis yang boleh dianggap kurangnya intensiti saingan,'' kata Hill yang menewaskan Schumacher untuk muncul juara.

 

"Mercedes jelas mendominasi era ini tetapi Lewis tidak tercabar.''

 

Hamilton kini mendahului 77 mata di hadapan pencabar terdekat, Bottas yang bersetuju untuk kekal bersama pasukan tahun depan.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…