Boon Siew Honda terima anugerah keselamatan 5 bintang di MAS2024

oleh Firdaus Razani|
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) baru-baru ini menerima pujian daripada Malaysia Motorcycle Assessment Program (MyMAP) di Anugerah Grand Prix MyMAP yang diadakan di Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang.

Pengeluar motosikal itu menerima tiga anugerah iaitu Prestasi Keselamatan Luar Biasa (<2000cc) untuk Honda Vario160, Anugerah Teladan bagi Sumbangan Penyelidikan Keselamatan Motosikal dan Kecemerlangan dalam Pematuhan Produk.

bsh
Vario 160

Selain itu, BSH turut menerima lima bintang untuk Honda Vario160, Honda ADV160, Honda CBR150R dan Honda RS-X, semuanya dilengkapi dengan ABS.

Manakala, Honda BeAT dan Honda Vario125, yang menampilkan Sistem Brek Combi (CBS) Honda yang unik, memperoleh 3 bintang.

Honda adalah satu-satunya jenama dalam segmen 125cc yang menerima anugerah 3 bintang ini untuk CBS yang inovatif.

Pengiktirafan berprestij ini menggariskan komitmen Honda terhadap keselamatan, dinilai merentasi empat tonggak merangkumi peraturan UNECE, Pematuhan Pengeluaran, Ciri Keselamatan dan Program Sokongan.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Honda NX500 dinadikan dengan enjin 471cc, dua silinder selari, penyejuk cecair DOHC yang memberi…
Pelancaran Motosikal
XL750 dinadikan dengan enjin 755cc, dua-silinder selari, penyejuk cecair OHC empat lejang Unicam…
Pelancaran Motosikal
Honda CB750 Hornet dinadikan dengan enjin 755cc, dua-silinder selari, penyejuk cecair OHC empat…