Honda CB750 Hornet dinadikan dengan enjin 755cc, dua-silinder selari, penyejuk cecair OHC empat lejang Unicam lapan valve engine dengan crank 270 darjah.
Dengan trenkuasa tersebut, ia mampu menghasilkan kuasa output sehingga 67.6hp pada 9,500rpm dan kuasa tork sehingga 74.4Nm pada 7,000rpm.

Tampil dengan ciri Throttle by Wire (TBW), naked bike terbaharu ini menawarkan tiga pilihan mod tunggangan iaitu Rain, Sport dan Standard yang boleh disuaikan mengikut keadaan sewaktu menunggang.
Selain itu, penukaran gear juga lebih lancar dengan ciri assist dan slipper clutch yang membantu penunggang untuk merasai tunggangan yang lebih dinamik.

Tambahan itu, CB750 turut hadir dengan ciri teknologi Engine Power (EP), Engine Brake (EB), Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan kawalan Wheelie untuk memberi keyakinan dan kestabilan kepada penunggang.
Ciri-ciri lain yang terdapat pada Hornet ini adalah, paparan TFT bersaiz lima inci yang menyokong sambungan bersama aplikasi Honda RoadSync untuk membantu penunggang lebih fokus pada jalan.

Motosikal naked ini juga mempunyai casis ringan, dan suspension berkualiti tinggi dari Showa yang memberi pengalaman tunggangan yang lebih menarik.
Dengan reka bentuk menarik, CB750 menampilkan sistem pencahayaan LED penuh kepada semua bahagian lampu, serta pada Emergency Stop Signal (ESS) yang pasti memberi visual yang lebih terang.

Untuk tunggangan yang sporty dan agresif, CB750 didatangkan dengan quickshifter sebagai ciri standard dalam model terbaharu ini.
Honda CB750 Hornet didatangkan dengan tiga pilihan warna, iaitu Graphite Black, Pearl Glare White dan Mat Goldfinch Yellow yang dijual dengan harga bermula dari RM50,800.
