Brek gagal berfungsi, Viva rempuh kedai makan

oleh Penyumbang Rencana|
Empat sekeluarga mengalami kecederaan selepas kenderaan dinaiki terbabas sehingga melanggar premis kedai makan selepas menuruni Gunung Jerai, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, dalam kejadian jam 2.15 petang itu, kereta jenis Perodua Viva dipandu Ahmad Faiz Badruddin, 31, gagal membrek menyebabkannya terlanggar dinding bangunan kedai tersebut.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurutnya, akibat kemalangan itu, pemandu dan seorang penumpang dirujuk ke Hospital Yan manakala dua lagi dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

"Kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki empat sekeluarga datang dari Alor Setar dalam perjalanan menuruni Gunung Jerai.

"Setibanya di lokasi kejadian, pemandu cuba memperlahankan kenderaan tetapi brek gagal berfungsi lalu terbabas sehingga melanggar bangunan kedai makan di kaki Gunung Jerai," katanya.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian.

"Setakat ini, kita masih mengenal pasti kesemua mangsa yang terlibat dan tahap kecederaan yang dialami," katanya.

Kemalangan itu bagaimanapun telah tular di media sosial Facebook memaparkan sebuah kenderaan berwarna putih yang kemik di bahagian hadapan selepas terlanggar premis kedai makan di pusat peranginan itu.

Kejadian turut menyebabkan pasu yang diletakkan di tepi dinding kedai, pecah akibat dilanggar kereta terbabit.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Terdapat tiga mangsa berusia 43 hingga 65 tahun mengalami kecederaan, kesemua individu yang cedera…
Berita Domestik
"Untuk makluman, maklumat kemalangan yang ditularkan adalah semasa petugas PDRM mengiringi orang…
Berita Domestik
Menurut Shahrulnizam dalam kenyataan pada Selasa, lokasi kemalangan di kawasan sedikit menuruni…