Britain benarkan kenderaan pandu sendiri bermula hujung tahun ini

oleh SALINA JALIL|
Britain menjadi negara pertama yang mengumumkan penggunaan kenderaan memandu sendiri dengan kelajuan perlahan di lebuh raya. Kenderaan pandu sendiri akan berada di jalan raya di Britain menjelang akhir tahun ini dan pemandu dibenarkan untuk 'tidak memegang stereng' ketika memandu.


Jabatan Pengangkutan (DfT) dalam kenyataan berkata, pihaknya membenarkan pemanduan bebas tangan untuk kenderaan yang dilengkapi teknologi pengekalan lorong yang hanya boleh digunakan ketika trafik perlahan dan di lorong perlahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Teknologi Sistem Pengekalan Lorong Automatik (ALKS) yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk pembangunan kenderaan autonomi, mengehadkan kelajuan kenderaan kepada 60 kilometer sejam.

 

DfT berkata, kebenaran berkenaan akan mengurangkan kesesakan, mengurangkan pembebasan karbon selain mengelakkan kesilapan manusia.

 

Melalui sistem ini, pemandu akan memberikan kawalan kepada kereta mereka yang kemudiannya secara automatik akan memantau kelajuan kenderaan serta memastikan jarak selamat dengan kenderaan lain.

 

Teknologi itu dikatakan dapat meningkatkan keselamatan jalan raya dengan mengurangkan kesilapan manusia yang menyumbang kepada lebih 85 peratus kemalangan, kata DfT.

 

Kerajaan United Kingdom menjangka teknologi kenderaan autonomi mampu menawarkan 38,000 pekerjaan menjelang 2035 dalam industri yang bernilai bilion pound.

 

 

 

Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jelas NHTSA, dalam beberapa insiden, kereta Tesla merempuh secara langsung terhadap kenderaan…
Berita Domestik
  Ia diumumkan Futurise yang membangunkan laluan pengujian itu bersama Kementerian Pengangkutan (…
Berita Global
Hasil kajian jurnal tersebut dilaporkan oleh NYPost.com dan menurut Scott Cohen, ketua kumpulan…