Bumbung diterbangkan angin, 18 laporan kenderaan rosak diterima

oleh SALINA JALIL|
Polis menerima 18 laporan kerosakan kenderaan, bumbung rumah diterbangkan angin serta rumah dimasuki air susulan hujan lebat dan angin kencang di sekitar Meru, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, bagaimanapun, kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 petang hingga 4.20 petang itu tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

"Kawasan yang dilanda ribut adalah Jalan Persiaran Hamzah Alang, Jalan Cempaka, Jalan Paip, Jalan Kenangan, Taman Meru 3, Pekan Meru, Jalan Setia Jaya Kampung Bukit Kapar, Jalan Jambu, Jalan Khamis dan Jalan Meru Tambahan Batu 7.

 

"Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian itu," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular di media sosial gambar dan video keadaan di lokasi kejadian seperti bumbung rumah tercabut serta kenderaan rosak.

 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar menerusi facebooknya turut memuat naik perkembangan kejadian itu.

 

Beliau bersama Ketua Kampung Meru, Azman Mohamed Tawil meninjau dan membantu mangsa yang terjejas akibat kejadian itu.

 

"Sekali lagi Meru dikejutkan dengan hujan dan ribut kuat dan difahamkan ramai penduduk yang terkesan dengan bencana ini.

 

"Terima kasih juga kepada mereka yang turut membantu gotong royong memotong pokok yang tumbang," katanya.

 

Dalam hantaran itu, beliau juga meminta mangsa mengambil gambar rumah yang ditimpa bencana dan membuat laporan polis di Balai Polis berhampiran.

 

"Ketua Kampung Meru akan membuka pejabatnya di Dewan MPK Meru jam 10 pagi hari ini untuk mengambil dan mengisi borang bantuan bencana.

 

"Mereka yang memerlukan bantuan makanan asas boleh mengisi maklumat di https://forms.gle/R8syXMSVD8jT8nB8A untuk pihak Pusat Khidmat Rakyat menguruskan bantuan makanan," katanya.

 

 

- Pada pemilik kenderaan yang selalu menghadapi situasi tersebut, kami sarankan mengambil polisi insurans tambahan iaitu 'bencana alam' semasa memperbaharui insurans kenderaan anda - 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya difahamkan seorang wanita mengandung terperangkap di dalam Perodua Kancil itu namun berjaya…
Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  Katanya, bumbung berkenaan menghempap kereta milik mangsa menyebabkan cermin hadapan keretanya…