BYD Dolphin masuk UK, daripada RM151 ribu, bakal dibawa ke pasaran tempatan

oleh Muhammad Md Tajudin|
BYD Dolphin Eropah
BYD Dolphin Eropah
Penawaran kenderaan elektrik (EV) di pasaran tempatan semakin meriah dan tinggal pilih saja yang mana berkenan. Di antara EV yang popular ialah BYD Atto 3 dari China.

Atto 3 mempunyai resepi untuk berjaya, pakej elektrik pada harga menarik dan dibawa masuk konglomerat besar. 

Selain Atto 3, ada sebuah lagi model menarik iaitu Dolphin dan Sime Darby Motors telah mempertontonkannya pada Disember 2022 di Bandar Malaysia.

Pengedarnya juga memaklumkan hatchback segmen C itu bakal ditawarkan pada suku keempat 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
BYD Dolphin Eropah

 

Satu perkara yang menaikkan kepercayaan jenama BYD ialah penawaran di peringkat global. Terbaru BYD melancarkan Dolphin di Eropah.

Jualan bermula beberapa bulan lagi dan penghantaran dijadual pada suku keempat 2023.

Dolphin adalah model sulung dalam siri lautan (Ocean series) dan yang pertama menggunakan konsep rekaan Ocean Aesthetics.

Tanpa perlu meneka, ikan lumba-lumba mempengaruhi rekaan Dolphin. Ikan yang pintar, suka bermain-main dan ramah.

 

BYD Dolphin Eropah

 

Dolphin dibekalkan bateri 60.4 kilowatt-jam (kWj) dan versi 44.9 kWj menyusul pada suku pertama 2024.

Kelebihan BYD terletak pada Bateri BYD Blade Litium-ion Fosfat dengan penjimatan ruang, jarak pemanduan, selamat dan tahan lama.

Sama seperti ATTO 3, Dolphin dibangunkan dari e-Platform 3.0 untuk kecekapan sistem dan kepintaran kenderaan bersepadu.

Rangkaian kuasa elektrik 8 dalam 1 BYD menyepadukan Unit Kawalan Kenderaan, Sistem Pengurusan Bateri, Unit Pembahagian Kuasa dan Motor Pacuan.

 

BYD Dolphin Eropah

 

Turut disepadukan Pengawal Motor, Transmisi, DC-DC dan Pengecas Dalam Kenderaan. Pakej itu memberikan kecekapan sistem pada kadar 89 peratus.

Dari segi prestasi, varian 60.4 kWj mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa tujuh saat sahaja. Jarak pemanduan sehingga 426 km (kombinasi WLTP).

Daya kilas 310Nm dan motor 150 kW (204PS) membantu pecutan maksimum sehingga 161 km/j. 

Dari segi dimensi, Dolphin berukuran 4,290 mm panjang, 1,770 mm lebar, tinggi 1,570 mm dan jarak roda 2,700 mm. Ruang bagasi mempunyai kapasiti 345 liter.

 

BYD Dolphin Eropah

 

Dolphin dilengkapi Amaran Pelanggaran Berdepan, Pembrekan Kecemasan Autonomi, Amaran Pelanggaran Belakang, Kawalan Jelajah Adaptif dan Kawalan Jelajah Pintar.

Turut dilengkapi Peringatan Lintasan Trafik Belakang dan Brek Lintasan Trafik Belakang, Pencegahan Penukaran Lorong dan Bantuan Kecemasan Pengekalan Lorong. 

Spesifikasi BYD Dolphin

  • Kelajuan maksimum: 150 km/j (Active), 161 km/j (Boost, Comfort and Design)
  • Kuasa motor (kW): 70 (Active), 130 (Boost), 150 (Comfort dan Design)
  • Jarak pemanduan (kombinasi WLTP): 339 km (Active), 310 km (Boost), 426 km (Comfort dan Design)
  • Kapasiti (kWj): 44.9 (Active dan Boost), 60.4 (Comfort dan Design)
  • Kuasa pengecasan: 60kW DC, 7kW AC (Active dan Boost), 88kW DC, 11kW AC (3 fasa) (Comfort dan Design)
  • Tempoh pengecasan DC (30 - 80%, minit): 28 (Active dan Boost), 29 (Comfort dan Design)
  • Heat Pump dan V2L: Standard

 

BYD Dolphin Eropah

 

Senarai varian dan harga BYD Dolphin:

  • Dolphin Active: Bateri 44.9 kWj dan motor 70 kW (95 ps) - £25,490 (RM151,032)
  • Dolphin Boost: Bateri 44.9 kWj dan motor 130 kW (176 ps) - £26,490 (RM156,935)
  • Dolphin Comfort: Bateri 60.4 kWj dan motor 150 kW (204 ps) - £29,490 (RM174,708)
  • Dolphin Design: Bateri 60.4 kWj dan motor 150 kW (204 ps) - £30,990 (RM183,573)

Harga yang ditawarkan di China lebih rendah dan tidak boleh dibandingkan secara epal dengan epal kerana faktor polisi, pencukaian dan pelbagai lagi.

Walaupun begitu, senarai harga tersebut boleh dijadikan 'rujukan longgar' untuk pasaran tempatan kelak.

Rujukan lebih tepat ialah Atto 3 dengan saiz lebih besar dijual pada harga RM149,800 bagi varian 49.92 kWj dan motor 150 kW.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menjadi pendatang baharu dalam saingan EV sedan segmen D dan hatchback segmen C, kedua-dua Seal dan…
Pelancaran
Sama seperti Atto 3, Dolphin juga menggunakan BYD e-Platform 3.0 serba baharu yang direka khas…
Berita Global
China juga merupakan pasaran jualan paling besar untuk Volkswagen, dimana lebih 50% jualan mereka…