BYD Dolphin mendarat di pasaran Malaysia - 2 varian, jarak gerak sehingga 427 km, harga dari RM99,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sime Darby Motors selaku pengedar rasmi BYD di Malaysia akhirnya telah melancarkan model EV kompaknya iaitu BYD Dolphin, yang kini menjadi EV kedua BYD di Malaysia selepas Atto 3.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti Atto 3, Dolphin juga menggunakan BYD e-Platform 3.0 serba baharu yang direka khas untuk kenderaan elektrik, di mana ia memberikan kelebihan sepenuhnya terhadap kecerdasan, kecekapan dan keselamatan.

BYD Dolphin memiliki dimensi 4,150 mm panjang, 1,770 mm lebar, 1,570 mm tinggi dan 2,700 mm jarak roda, meletakkannya sebagai sebuah hatchback segmen B.

Pada rekaan luaran BYD Dolphin menggunakan konsep reka bentuk Ocean Aesthetic dengan garis badan yang menampilkan kontur mengalir.

Pada bahagian depan, ia dilengkapi lampu LED bersama DRL yang melintasi jeriji, serta rekaan lampu belakang geometri yang memberikan rupa unik.

 

2

 

Untuk pasaran Malaysia, BYD Dolphin ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu Dynamic Standard dan Premium Extended.

Varian permulaannya Dynamic Standard, ia dikuasakan pek bateri BYD Blade berkapasiti 44.9 kWj yang dipadankan bersama motor elektrik tunggal pada roda hadapan (FWD).

Ianya menghasilkan 95 HP dan 180 Nm, dengan kemampuan untuk memecut dari 0-100 kmj dalam masa 12.3 saat, serta jarak gerak sehingga 340 km (WLTP).

Dari segi pengecasan, ia menggunakan port jenis CCS 2 yang menyokong pengecasan pantas DC 60 kW, untuk pengecasan AC pula, ia menggunakan port jenis Type 2 yang menyokong 7 kW

Pada bahagian suspensi, varian Dynamic Standard menggunakan penyerap hentak jenis topang Mac pherson di depan dan jenis torsion beam di belakang, bersama rim aloi bersaiz 16 inci yang dibaluti tayar bersaiz 195/60.

 

5

 

Untuk varian tertingginya pula iaitu Premium Extended, ia dikuasakan pek bateri BYD Blade berkapasiti 60.48 kWj yang juga dipadankan bersama motor elektrik tunggal pada roda hadapan (FWD).

Ianya menghasilkan 201 HP dan 310 Nm, dengan kemampuan untuk memecut dari 0-100 kmj dalam masa 7.0 saat, serta jarak gerak sehingga 427 km (WLTP).

Dari segi pengecasan pula, ia turut menggunakan port jenis CCS 2 yang menyokong pengecasan pantas DC 80 kW, di mana ia boleh dicas dari 30-80 peratus dalam masa 30 minit. Untuk pengecasan AC pula, ia turut menggunakan port jenis Type 2 yang menyokong 7 kW.

Dari segi suspensi untuk varian Premium Extended pula, ia turut menggunakan penyerap hentak jenis topang Mac pherson di depan, manakala bahagian belakang menggunakan jenis multi-link.

Saiz rim juga dinaikkan kepada saiz 17 inci, dibaluti tayar bersaiz 205/50.

 

3

 

Seperti Atto 3, kedua-dua varian Dolphin juga mempunyai fungsi vehicle-to-load (V2L) yang membolehkan pengguna menghidupkan peralatan elektrik luaran, di mana ia disertakan standard dengan penyesuai V2L bersama pengecas mudah alih.

Melihat pada bahagian dalam, BYD Dolphin dilengkapi dengan skrin infotainment bersaiz 12.8 inci yang turut didatangkan dengan ciri boleh putar seperti model Atto 3, serta meter instrumen bersaiz 5 inci.

Ia turut dilengkapi dengan 6 pembesar suara, fungsi navigasi satelit, arahan suara, serta fungsi Apple CarPlay dengan sambungan kabel USB.

Khusus untuk varian Premium Extended juga, ia akan menerima tambahan pengecas tanpa wayar serta bumbung panaromik.

 

6

 

Walaupun hadir sebagai EV aras mula, BYD Dolphin tetap memiliki pelbagai ciri bantuan keselamatan yang didatangkan secara standard.

Antaranya ialah enam beg udara, monitor 360 darjah, Anti-Lock Braking System (ABS), Electric Parking Brake System (EPB), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD).

Dilengkapi dengan dua radar ultrasonik di depan dan tiga di belakang, BYD Dolphin menjadi antara EV yang sarat dengan ciri ADAS. Antaranya ialah:

  • Automatic Emergency Braking (AEB)
  • Predictive Collision Warning (PCW)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Rear Cross Traffic Brake (RCTB)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • High Beam Assist

Dengan ciri dan spesifikasi yang ditawarkan, BYD Dolphin kini dilihat sebagai EV aras mula atau mampu milik yang paling berbaloi untuk dimiliki.

 

7

 

Untuk pilihan warna, Dynamic Standard datang dengan pilihan Urban Grey bersama warna dalaman kelabu/hitam, atau warna Sand White bersama warna dalaman coklat/hitam.

Untuk Premium Extended, ia didatangkan dengan warna dua tona iaitu Atlantis Grey/Delan Black bersama warna dalaman kelabu/hitam, warna Surf Blue/Urban Grey bersama warna dalaman biru/hitam dan Ski White/Urban Grey bersama warna dalaman kelabu/hitam.

Ditawarkan dengan dua varian, harga bagi EV BYD Dolphin bermula dari RM100,530 untuk varian Dynamic Standard, dan RM125,730 (atas jalan tanpa insurans).

Ia ditawarkan bersama enam tahun atau 150,000 km waranti kilang, manakala bateri dilindungi selama lapan tahun atau 160,000 km.

Terdapat juga satu lagi waranti berasingan untuk unit pemacu selama lapan tahun atau 150,000 km untuk motor, pengawal motor, pemasangan DC dan pemasangan kawalan elektrik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menjadi pendatang baharu dalam saingan EV sedan segmen D dan hatchback segmen C, kedua-dua Seal dan…
Berita Global
  Satu perkara yang menaikkan kepercayaan jenama BYD ialah penawaran di peringkat global. Terbaru…
Berita Global
China juga merupakan pasaran jualan paling besar untuk Volkswagen, dimana lebih 50% jualan mereka…