BYD SEAL RASMI DILANCARKAN - DUA VARIAN, 523HP, 670NM, JARAK GERAK 650KM, HARGA DARI RM179,800

oleh Firdaus Razani|
Setelah sekian waktu menanti, Sime Darby Motors selaku pengedar rasmi BYD dengan rasminya melancarkan model sedan elektrik, BYD SEAL di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah satu daripada EV paling menarik di pasaran pada hari ini.

 

BYD

 

BYD SEAL merupakan model pertama yang dilengkapi teknologi CTB (sel pada badan), yang menyepadukan dengan sempurna  Blade Battery (Bateri Bilah) ke dalam struktur kenderaan.

Dengan kombinasi teknologi Blade Battery dan binaan CTB, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kestabilan kenderaan tetapi ia juga menambah baik profil keselamatannya.

 

BYD

 

BYD SEAL menampilkan dimensi kenderaan dengan ukuran 4800mm panjang, 1875mm lebar, 1460mm tinggi dan jarak antara roda 2920mm.

SEAL turut dilengkapi e-Platform 3.0 yang lebih pintar, cekap, selamat dan mempunyai nilai estetika yang serba sempurna.

 

BYD

 

Ia turut dilengkapkan dengan platform binaan elektrikal 800 voltan sama seperti jenama model EV mewah berprestasi tinggi yang lain.

BYD SEAL didatangkan dengan dua varian iaitu Premium dan Performance yang didapati dalam versi motor elektrik tunggal pacuan roda belakang dan dwimotor pacuan semua roda.

 

BYD

 

Bagi varian Premium, ia menggunakan pek batteri Blade litium-ion 82.5kWh yang mampu memberikan jarak gerak sehingga 650km.

Untuk Premium, ia hadir dengan motor elektrik pacuan roda belakang yang menghasilkan kuasa output sehingga 308hp (230kW) dan 360Nm yang mampu memecut dari 0-100kmj hanya dalam 5.9 saat.

Manakala bagi varian teratas iaitu Performance, ia turut menggunakan pek bateri yang sama seperti varian Premium tetapi jarak geraknya kurang sedikit dari Premium iaitu 580km.

Bagi varian Perfomance, ia dijanakan dengan motor elektrik pacuan semua roda yang mempunyai kuasa output sehingga 523hp (390kW) dan 670Nm yang memecut dari 0-100kmj hanya dalam 3.8 saat.

 

BYD

 

Sistem pengecasan untuk BYD SEAL ini, ia boleh dicas menggunakan pengecasan AC Type 2 7kW dan pengecasan pantas DC 150kW yang boleh mengecas dari 30-80 peratus dalam masa 18 minit.

Ia turut hadir dengan Sistem kawalan adaptasi tork pintar iTAC bagi memastikan prestasi optimum dalam keadaan memandu yang berubah-ubah.

Ia turut mampu mengimbangkan bebanan gandar depan dan belakang 50:50 menjamin pengalaman memandu yang seimbang dan responsif.

BYD

Rekaan luaran BYD SEAL menggunakan asas falsafah reka bentuk Ocean Aesthetic dan mengilhamkan konsep ‘X’ menggabungkan gaya dan prestasi dengan reka bentuk aerodinamik.

Ciri-ciri seperti garisan badan ombak, bumbung panorama kaca dan lampu belakang LED mencerminkan keanggunan semula jadi ombak dan gunung-ganang.

 

BYD

 

Bahagian dalaman sedan elektrik ini menampilkan warna Hitam Thaumas serta di bahagian konsol tengah mempunyai penukar gear kristal yang menghidupkan ciri Ocean Aesthetics yang sebenar.

Ia turut menampilkan skrin sentuh berputar 15.6-inci di bahagian tengah kabin, memberikan pemandu intuitif interface bagi petunjuk arah, hiburan dan penetapan kenderaan.

 

BYD

 

BYD SEAL yang telah menerima penarafan lima bintang oleh NCAP, didatangkan ciri-ciri keselamatan pasif, termasuk sembilan beg udara, selain unsur keselamatan aktif seperti ADAS dan sistem kamera resolusi tinggi 360.

Manakala bagi pilihan warna, BYD SEAL diberi empat variasi warna iaitu Cosmos Black, Aurora White dan Atlantis Grey, manakala bagi varian Performance, ia menerima warna eksklusif tambahan iaitu Arctic Blue.

Selain itu, BYD menawarkan bagi 800 tempahan pertama akan menikmati pengecas wallbox percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800 secara percuma.

BYD

BYD turut memperkenalkan dua pakej servis menyeluruh iaitu pakej Standard dan Plus yang menawarkan khidmat penjajaran, pengimbangan dan penggiliran tayar disertakan untuk kedua-dua pakej tersebut.

BYD turut menawarkan pakej waranti  yang menyeluruh termasuk waranti kenderaan 6-tahun atau 150,000km, waranti bateri hebat selama 8-tahun atau 160,000km, dan waranti unit pemacu yang setanding, untuk tempoh 8-tahun atau 150,000km.

Harga jualan untuk BYD SEAL adalah RM179,800 bagi versi Premium RWD, manakala versi Perfomance AWD adalah RM199,800.

 

BYD

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Disebabkan permintaan yang menggalakan untuk model BYD SEAL tersebut, BYD Malaysia mengumumkan…
Berita Domestik
Untuk makluman, 800 tempahan BYD SEAL akan menerima kemudahan pengecasan Gentari atau ChargEV…
Berita Domestik
Namun, sehingga penghujung tahun 2023, seperti tiada khabar mengenai model sedan kenderaan elektrik…