Sime Darby Motors bakal lancarkan sedan EV BYD Seal - Tempahan kini telah dibuka

oleh Firdaus Razani|
Tahun lalu, selepas pelancaran BYD Atto 3, Sime Darby Motors yang juga sebagai pengedar rasmi bagi jenama BYD pernah menyatakan akan membawa sebuah model sedan BYD pada suku akhir 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sehingga penghujung tahun 2023, seperti tiada khabar mengenai model sedan kenderaan elektrik (EV) daripada BYD itu.

Kini, ia menjadi sebuah kenyataan apabila Sime Darby Motors akan melancarkan satu lagi model sedan EV BYD iaitu BYD Seal selepas mereka membuka tempahan melalui laman web rasmi BYD Malaysia baru ini.

 

bydseal

 

Peminat EV pasti menunggu model sedan EV ini yang dilihat mempunyai reka bentuk yang moden dan futuristik seperti kebanyakkan sedan EV yang lain iaitu BMW i4, Mercedes-Benz EQS dan EQE, serta Porsche Taycan.

Namun, sudah tentu jenama-jenama tersebut dijual dengan harga yang agak tinggi oleh kerana jenamanya yang premium, tetapi adakah BYD Seal akan meletakkan harga lebih rendah dari jenama kompetitif itu?

 

bydseal

 

Buat ketika ini, belum ada harga rasmi yang dikeluarkan dari Sime Darby Motors untuk BYD Seal ini, walaubagaimanapun pelanggan sudah boleh membuat bayaran tempahan terlebih dahulu bernilai RM1000 di laman web mereka.

Melalui laman tempahan itu, pelanggan diberi pilihan spesifikasi model BYD tersebut dengan memilih antara spesifikasi Dynamic, Premium dan Performance serta ia terdapat empat pilihan warna untuk model ini.

 

bydseal

 

Jika dilihat di pasaran China, BYD Seal dijual pada harga bermula dari CNY 212,800 (RM137,322) untuk varian Standard Range, dan mampu mencecah sehingga CNY 289,800 (RM187,011) untuk varian Performance.

Oleh itu, kita boleh jangkakan anggaran harga yang bakal dipasarkan untuk model BYD Seal ini di Malaysia termasuk duti eksais serta cukai import adalah dalam sekitar RM180 ribu hingga RM220 ribu

Mengenai spesifikasi BYD Seal, ia dilengkapkan dengan senibina elektrik 800 voltan dan boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal atau dwimotor elektrik, dengan kuasa yang mampu mencecah sehingga 523 hp.

 

bydseal

 

BYD juga membangunkan baterinya sendiri iaitu Bateri Blade yang boleh didapati dalam kapasiti 61.4 kWh yang boleh bergerak dengan jarak gerak sehingga 550 km dan versi yang lebih besar 82.5 kWh dengan jarak gerak mampu cecah sehingga 700 km untuk sekali cas penuh.

Pelanggan yang berminat untuk lakukan tempahan BYD Seal serta untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari laman web BYD Malaysia .

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Disebabkan permintaan yang menggalakan untuk model BYD SEAL tersebut, BYD Malaysia mengumumkan…
Berita Domestik
Untuk makluman, 800 tempahan BYD SEAL akan menerima kemudahan pengecasan Gentari atau ChargEV…
Model Terbaharu
Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah…