Carlos Ghosn - diseludup keluar guna peti alat muzik

oleh HEZERI SAMSURI|
Bekas pengarah Renault Nissan Alliance, Carlos Ghosn nampaknya membuat aksi-aksi filem Hollywood semasa beliau menyelinap keluar dari negara Jepun untuk ke Lebanon, negara di mana beliau dibesarkan.

Ghosn (cara sebutannya, Go-Hern) berada di dalam tahanan rumah setelah membayar ikat jamin sebanyak US$14 juta tetapi beliau tetap dibenarkan keluar dari rumah itu, cuma Ghosn tidak boleh meninggalkan negara Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun Ghosn berkata proses keluar dari Jepun itu dilakukan oleh beliau sendiri, media-media barat yang telah melakukan siasatan mendapati beliau mendapat bantuan profesional.

Menurut Wall Street Journal, Ghosn tidak sanggup untuk menunggu perbicaraan beliau yang dikatakan akan ditangguhkan lagi ke suatu masa dalam tahun ini.

Dari rekod lampau, mahkamah Jepun mampu menangguhkan tarikh perbicaraan selama mungkin dan sumber media barat berkata Ghosn tidak sanggup untuk menunggu.

Ghosn dikatakan menerima bantuan dari Michael Taylor, bekas ahli Green Beret (Unit Tindakan Khas Askar US) yang pakar di dalam cara-cara menyeludup VIP keluar negara. Taylor juga popular di kalangan kontraktor-kontraktor keselamatan di dunia.

Taylor pernah dipenjara selama 14 bulan di Utah, US kerana terbabit di dalam kes pecah amanah kontrak kementerian pertahanan US (baca laporan ini).

Taylor dilihat meninggalkan Dubai pada 28 Disember 2019 melalui pesawat persendirian jenis Bombardier Global Express yang terbang ke Jepun.

Semasa di Dubai, dua kotak besar yang sering digunakan untuk menyimpan alatan muzik dilihat dibawa masuk ke dalam kapal terbang tersebut.

Kapal terbang itu (gambar di bawah) sampai di lapangan terbang Osaka jam 10.16 pagi waktu tempatan, hari Ahad 29 Disember 2019.

 

 

Menurut akhbar Jepun, Asahi, penyiasat Jepun mendapati kamera video merakam Ghosn meninggalkan rumahnya di Tokyo seorang diri pada jam 2.30 petang hari Ahad yang sama, dengan memakai topi dan topeng hidung dan mulut yang sering digunakan oleh orang Jepun.

Bagaimana Ghosn bergerak dari Osaka ke Tokyo (lebih dari 480 km) dan berjaya menaiki kapal terbang Taylor itu masih lagi misteri.

Menurut jurucakap untuk operator lapangan terbang Osaka, barang-barang untuk kapal terbang milik persendirian sepatutnya akan melalui proses pemeriksaan sama seperti barangan untuk kapal terbang awam. 

Namun begitu, jurucakap tersebut, Kenji Takanishi mengakui kadang-kadang beg dan barang milik VIP terlepas dari pemeriksaan kargo.

Kotak alat muzik yang dipercayai digunakan untuk menyeludup Ghosn mempunyai lubang-lubang di bahagian bawahnya untuk membenarkan beliau bernafas.

Kotak itu juga dilengkapi dengan roda supaya mudah untuk ditolak.

Penerbangan tersebut bertolak ke Istanbul pada jam 11.10 pm dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk selepas 12 jam.

Setibanya di sana, Ghosn dikatakan menaiki sebuah kereta yang diparkir 100 90 meter dari Bombardier itu dan dipandu ke sebuah lagi jet persendirian yang menerbangkan Ghosn ke Lebanon.

Kru jet itu mengecam muka Ghosn melalui gambar-gambar yang ditunjukan oleh polis Turki.

 

 

 

 

Operator kedua-dua jet yang digunakan itu, MNG Jet Havacilik AS dari Turki menjumpai dua kotak besar di dalam jet yang digunakan ke Osaka dan kembali ke Turki. Satu kotak itu kosong dan satu lagi dipenuhi dengan alat pembesar suara.

Kotak-kotak itu kini menjadi bahan kes penting di dalam penyiasatan yang dilakukan di Turki berkaitan penyeludupan Ghosn dari Jepun. 

Ghosn pula berkata beliau tidak lari dari Jepun, tetapi "lari dari ketidak-adilan". 

Menarik juga jika kita bayangkan Ghosn ditahan di negara China. Apa akan terjadi kepadanya ya? 

* Laporan berdasarkan artikel The Wall Street Journal

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…
Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…