Tiga model jam tangan G-Shock ditawarkan di bawah Recrystallized Series ini, iaitu DW-5040PG-1, GMW-B5000PS-1 dan GWM-B5000PG-9 berwarna emas.
Antara ciri unik ialah penghabluran semula permukaan bahan keluli tahan karat serta pengerasan lapisan dalam yang digunakan buat pertama kali pada jam G-Shock yang memberikan penampilan yang tersendiri.
Ia juga turut diserikan dengan tambahan penyaduran ion (IP), titanium karbida (TiC) dan salutan lain yang memberikan warna yang lebih cantik.
DW-5040PG-1
Kesan teknik penghabluran semula dan pengerasan lapisan dalaman itu boleh didapati pada penutup belakang jam, kancing serta gelung tali jam, sebelum disudahi dengan teknik IP hitam dan emas.
Ciri lain termasuklah:
-bezel dan tali jam diperbuat daripada resin
-hiasan perkataan 'PROJECT TEAM "Tough"' pada dial
-logo ulang tahun pada penutup belakang jam
-hiasan empat bintang menandakan ulang tahun ke-40 G-SHOCK
DW-5040PG ini memiliki tahap ketahanan bateri sekitar dua tahun, kalis air sedalam 200 meter, serta ciri pencahayaan electro-luminescent biru hijau.
GWM-B5000PS-1 & GWM-B5000PG-9
Pada model GWM-B5000 ini, permukaan keluli tahan karat itu bukan sahaja diserikan dengan teknik penghabluran semula dan proses pengerasan lapisan dalam, ia juga turut ditambah dengan salutan TiC.
Penutup belakang jam turut mempunyai lapisan DLC, sebelum diukir dengan logo ulang tahun yang ke-40.
Frasa "SINCE 1983" turut muncul pada rekaan dial jam tangan ini.
Jam GWM-B5000 ini dikuasakan oleh tenaga solar, kalis hentakan dan kalis air sedalam 200 meter, mempunyai sehingga lima waktu dunia dan 39 zon masa, serta boleh dihubungkan kepada peranti pintar menggunakan Bluetooth.
Terdapat dua pilihan warna iaitu perak atau emas.
Ketiga-tiga model jam tangan Recrystallized Series ini akan muncul di pasaran pada bulan hadapan.
Sumber: Casio