Jam G-SHOCK x BAPE edisi ulang tahun ke-30, RM1,695

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi jam tangan G-SHOCK edisi terhad kini tersedia untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan G-SHOCK x BAPE 30th Anniversary Special Model (GM-6900BAPE-1) ini menggunakan asas GM-6900 yang menampilkan bezel logam, diikuti corak ikonik BAPE pada bahagian badan dan logo huruf B pada butang hadapan.
 

bape


Selain daripada tali jam resin, pembeli juga akan dibekalkan dengan tali jam ekstra yang direka khas menampilkan corak penyamaran BAPE. 

Jam tangan GM-6900BAPE-1 ini membawakan ciri kalis air sedalam 200 meter dan kalis hentakan, selain fungsi-fungsi asas seperti kiraan menurun, jam randik dan jam penggera, tempoh bertahan bateri selama lima tahun dan sistem pencahayaan LED Super Illuminator.
 

bape


Di Malaysia, G-SHOCK x BAPE 30th Anniversary Special Model ini dijual pada harga RM1,695 dan boleh didapati di semua BAPE Stores, kedai G-SHOCK Store terpilih dan Casio Online Store.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jam tangan berdasarkan siri MUDMAN GW-9500 itu akan mula dijual di pasaran Jepun bermula Februari…
Gaya Hidup
Dua produk G-SHOCK ditawarkan, iaitu GM-B2100LL dengan harga jualan RM4,795 berdasarkan model GM-…
Gaya Hidup
Seperti nama yang tertera, rekaan jam tangan ini sememangnya diinspirasikan daripada aliran udara…