CATL perkenal bateri LFP baharu, cas 10 minit boleh gerak 400 km!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat gergasi China CATL telah memperlihatkan bateri baharu lithium iron phosphate (LFP) yang dikatakan mampu menawarkan jarak gerak sehingga 400 km untuk pengecasan selama 10 minit.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Menurut laporan Nikkei Asia, bateri baharu LFP itu dijangka akan dimuatkan pada model-model kereta elektrik yang lebih mampu milik.

Ketua saintis CATL, Wu Kai dalam satu kenyataan menyebut, ia merupakan teknologi pengecasan pantas "untuk semua pihak".
 

CATL


Dengan ciri baharu seperti bahan elektrod yang telah diubahsuai serta campuran elektrolit, bateri baharu ShenXing itu dikatakan mampu mempercepatkan proses pengecasan di samping mengekalkan aspek keselamatan.

Malah, CATL turut menyebut bateri baharu itu tidak mempunyai masalah prestasi ketika musim sejuk.

Difahamkan, bateri CATL dijangka akan menembusi pasaran seawal tahun 2024.

Terdahulu, sebuah syarikat pemula Xpeng Motors turut memperlihatkan bateri baharu yang mampu menawarkan jarak gerak 300 km untuk tempoh pengecasan yang serupa.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain pembekalan bateri dan kerjasama teknikal pada kenderaan penumpang, kedua syarikat tersebut…
Berita Global
Majlis menandatangani MOU itu disaksikan oleh Pengurusi CATL, Dr Robin Zeng dan Pengerusi VinFast,…
Berita Global
Beberapa buah kilang pengeluaran di wilayah Sichuan terpaksa dihentikan operasi selama enam hari…