CEO EV Xpeng jangka hanya 10 jenama pengeluar akan kekal dalam era EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|
CEO jenama Xpeng, Brian Gu menjangkakan perubahan era kenderaan elektrik (EV) akan mengakibatkan jumlah pengeluar kenderaan berkurang, hingga meninggalkan hanya 10 secara keseluruhan di peringkat global
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Financial Times, Brian Gu berkata, "Saya rasakan jumlah pengeluar mungkin akan  kepada menurun kurang daripada 10 di peringkat global."

Ramalan tersebut datang pada masa yang sukar untuk jenama Xpeng dan industri automotif China yang sememangnya kini memiliki saingan amat kuat.

Jualan Xpeng menyusut sebanyak 50 peratus pada suku pertama 2023, dan ia disenaraikan sebagai hanya pengeluar EV ke-12 terbesar di China dalam tempoh itu.

 

2

 

Antara punca angka jualan syarikat itu terjejas ialah pemotongan harga yang diketuai oleh Tesla, dimana ia memberi tekanan yang ketara kepada pembuat EV kos rendah di China.

Menurutnya Brian, pembuat kereta China perlu menjual kira-kira 3 juta kenderaan setiap tahun untuk bertahan dalam dekad yang akan datang, dan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk pengeluar EV.

Brian Gu menambah, "Untuk berada dalam angka itu anda tidak boleh menjadi pemain di China sahaja, anda perlu menjadi pemain global, kami fikir dalam senario itu, mungkin hampir separuh jumlah anda datang dari luar China."

 

3

 

Bagi memberikan kelegaan kepada Xpeng dan pengeluar jenama China yang lain, eksport bagi negara tersebut kini berkembang pesat, dimana ia merupakan pengeksport nombor satu kenderaan di dunia pada 2023, mengatasi Jepun.

Pertumbuhan itu didorong oleh pasaran seperti Eropah dan Asia. Walau bagaimanapun, Gu mengakui bahawa menceroboh masuk ke A.S. "mungkin sukar hari ini" memandangkan iklim politik.

Brian berkata bahawa industri China mesti "mengambil masa untuk mengkajinya dan mencari jalan untuk mengakses pasaran itu," yang merupakan pasaran kedua terbesar mengikut jumlah, di belakang China.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia juga membuktikan Xpeng serius dalam usaha untuk memasarkan produk mereka untuk pasaran Panduan…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Rancangan tersebut adalah untuk mempercepatkan usahanya untuk ke pasaran global yang menyasarkan…