CEO Honda sahkan NSX akan muncul sebagai kereta sports elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dua generasi berlalu, plet nama ikonik Honda NSX dilapor akan dihidupkan semula sebagai sebuah kereta sports berkuasa elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Honda, Toshihiro Mibe dalam satu temubual oleh laman Autocar.
 

nsx


Jelasnya, unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) Honda kini sedang meneroka idea untuk menghasilkan sebuah kereta sports elektrik penuh, dan beliau sendiri berharap agar idea itu dapat direalisasikan.

Jika idea tersebut menjadi kenyataan, ia bakal diposisikan sebagai sebuah model bertaraf mercu di dalam barisan model 0 Series yang bakal menyerang pasaran bermula tahun 2026.
 

saloon


Mibe turut mengakui pihak Honda sedang menganalisa pasaran kereta sports berkuasa elektrik yang ada pada ketika ini tanpa menyebut secara spesifik model yang dimaksudkan itu.

Ujarnya lagi, sebuah EV sports akan mempunyai karakteristik yang nyata berbeza berbanding mana-mana kereta prestasi tinggi Honda yang telah dilancarkan sebelum ini.

Honda menerusi divisyen mewah Acura sebelum ini telah memperlihatkan sebuah model konsep yang digelar sebagai Acura Electric Vision Concept.
 

Vision


Tidak seperti Saloon Concept yang muncul pada awal tahun yang lepas, Acura Electric Vision ini membawakan bentuk badan yang lebih mirip kepada sebuah supercar dengan garis badan yang tidak terlalu bersegi.

Acura walau bagaimanapun tidak menyifatkan model ini sebagai pengganti NSX.

 

Acura Electric Vision Concept

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu menjejaskan lebih 750,000 unit kereta Honda dan Acura keluaran dari 2020…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…
Berita Global
  Senarai model terdiri daripada NSX Type S, TLX Type S, TLX Type S PMC Edition (pace car),…