Pilihan warna edisi terhad yang lebih menawan cerah akan tersedia secara eksklusif pada TIGGO 8 PRO, menambah sentuhan elegan kepada SUV tujuh tempat duduk ini.
Masih mengekalkan spesifikasi enjin yang sama iaitu enjin turbo 2.0L dengan kuasa output sehingga 256HP dan tork 390Nm. Baca di Careta mengenai spesifikasi lanjut Tiggo 8 Pro.
Pilihan warna Aurora Green hanya tersedia untuk 120-unit sahaja, menjadikannya pilihan yang istimewa bagi pelanggan yang inginkan kelainan serta sentuhan kemewahan kepada TIGGO 8 PRO.

TIGGO 8 PRO kini ditawarkan dari harga RM159,800 dan dilengkapi dengan pakej jaminan komprehensif, menawarkan perlindungan selama tujuh tahun atau sehingga 150,000KM, serta lima tahun servis buruh percuma.
Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menambah perlindungan mereka dengan menambah bayaran tambahan sebanyak RM 2,000 untuk Pakej Extended Warranty Chery, yang menyediakan jaminan selama 10-tahun atau 1,000,000KM untuk enjin kenderaan mereka.
Selain itu, Chery Malaysia kini menawarkan Pakej Extra Peace of Mind, yang merangkumi jaminan lanjutan enjin kenderaan selama 10-tahun atau 1,000,000KM dan tujuh tahun penyelenggaraan servis, semua ini hanya dengan RM 11,600.
Pelanggan yang berminat dengan TIGGO 8 PRO dalam warna Aurora Green boleh berkunjung ke pusat pameran Chery Malaysia terdekat untuk membuat tempahan.