China bersedia untuk pecah rekod sasaran jualan 8.5 juta kenderaan EV untuk 2023

oleh HEZERI SAMSURI|
Pasaran kenderaan elektrik (EV) China dijangka akan meneruskan momentum perkembangan jualan dalam suku keempat tahun ini dengan pelancaran pelbagai model-model baharu dan juga tawaran potongan harga oleh pengeluar-pengeluar.

China yang sudah memegang 60 peratus dari jualan EV global dikatakan akan meneruskan lagi dominasinya berdasarkan pemerhatian dari pakar-pakar dan penganalisa industri automotif dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peningkatan jualan antara bulan Oktober dan Disember mampu berlaku kerana pengeluar EV utama seperti BYD dan Li Auto yang giat meningkatkan lagi pengeluaran kenderaan mereka bagi mencapai sasaran jualan EV China untuk tahun ini pada 8.5 juta unit.

Sasaran itu diumumkan pada suku kedua tahun ini oleh Persatuan Kenderaan Penumpang China (CPCA), badan kebangsaan untuk industri itu.

Usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan jualan EV di kawasan-kawasan luar bandar juga akan memberikan impak positif.

Jualan EV antara Januari dan Ogos lalu ialah sebanyak 4.44 juta unit. Ini menunjukan industri itu perlu menjual lebih kurang 4 juta unit lagi dari September lalu sehingga Disember nanti.

Berita lengkap di SCMP

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…