China tingkat sasaran jualan EV kepada 25% menjelang 2025

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan China sekarang mensasarkan 25 peratus jualan kenderaan baharu menjelang tahun 2025 ialah dari kenderaan elektrik (EV).

Ini berdasarkan polisi terbaharu negara itu yang diterbitkan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat semalam.

Sebelum ini, halatuju China yang diumumkan dalam tahun 2017 melihat jualan EV merangkumi cuma 20 peratus jualan kenderaan baharu dalam tahun 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun permintaan untuk EV semakin meningkat di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia masih cuma lima peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan baharu di sana.

Jualan EV juga sebenarnya menurun sejak empat bulan kebelakangan ini kerana kerajaan China telah mengurangkan subsidi untuk kenderaan genre tersebut.

Menurut pakar-pakar ekonomi, walaupun kerajaan China mahu terus mengurangkan jumlah subsidi, jualan EV masih bergantung kuat kepada polisi kerajaan itu sendiri.

Antara polisi yang pernah diperkenalkan ialah pengecualian cukai pembelian, konsesi untuk pemilihan nombor plet (jualan kenderaan turut dikawal dengan penerbitan nombor plet khusus) serta pengurangan batasan penggunaan kenderaan.

Malaysia masih tidak mempunyai sebarang keistimewaan khusus untuk pembelian EV, kecuali pengurangan cukai kenderaan sekiranya EV itu dipasang di dalam negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kumpulan perdagangan terkemuka berkata ini benar terutamanya di tengah-tengah ketegangan…
Berita Global
Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou. Kawasan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…