COVID-19: 86 mat rempit ditahan atas pelbagai kesalahan

oleh SALINA JALIL|
Seramai 86 mat rempit ditahan pada Operasi Motosikal Dan Pematuhan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) Covid-19 Bersepadu di Jalan Sri Dayung, Sri Medan, Batu Pahat semalam.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, pada operasi bermula jam 2 petang hingga 11.30 malam, individu ditahan membabitkan remaja berusia 16 hingga 19 tahun.


"Hasil pemantauan, sekumpulan remaja didapati berkumpul tanpa tujuan dengan melakukan gangguan bunyi ekzos yang mengganggu ketenteraman awam serta melanggar PKPB.

 

Mereka ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Sri Medan. Kami turut mengeluarkan 151 notis saman atas pelbagai kesalahan," katanya pada kenyataan, semalam.

 

Menurut Azhan, sembilan penunggang dikenakan kompaun atas kesalahan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

 

 

 

sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, ketika rondaan, polis terserempak dengan sekumpulan penunggang motosikal yang…
Berita Domestik
  Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri…
Berita Domestik
  Namun, kumpulan yang dikenali sebagai Unit Angkasawan Sertik itu kini giat me­lakukan kerja-…