COVID-19: Bahrain berjaya ubah kawasan parkir sebagai pusat rawatan sementara dalam masa 7 hari!

oleh SALINA JALIL|
Di Malaysia, MAEPS atau Malaysia Agro Exposition Park Serdang telah diubah untuk menjadi pusat rawatan COVID-19 tetapi di Bahrain, tempat letak kereta/parkir telah diubah suai untuk menjadi pusat rawatan sementara untuk pesakit Covid-19, yang menempatkan unit rawatan rapi (ICU), dilengkapi alat bantuan pernafasan dan telah disiapkan dalam masa seminggu, menurut laporan dari agensi berita Bahrain (BNA).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tempat letak kereta yang dipilih adalah di tingkat tiga Hospital Tentera Bahrain dan dilengkapi dengan 130 katil.

 

Presiden Majlis Tertinggi Kesihatan (SCH), Dr Shaikh Mohammed Abdullah Al Khalifa berkata, unit itu dilengkapi peralatan terbaik dan mengikut piawaian ditetapkan kerajaan dalam bidang kesihatan.

 

"Unit itu sebahagian persiapan pasukan petugas kebangsaan untuk menyediakan prosedur rawatan diperlukan bagi menangani kes jangkitan Covid-19.

 

"Bahrain akan menyediakan tambahan 500 katil di seluruh negara," katanya.

 

Langkah pencegahan lain yang turut diambil Bahrain termasuk menggunakan 'gelang pemantauan elektronik' untuk memastikan mereka yang dikuarantin mematuhi arahan.

 

Di samping melancarkan aplikasi yang boleh mengenal pasti serta mengesan kontak pesakit atau lokasi yang pernah dikunjungi.

 

 

GulfNews

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…