COVID-19: Boleh keluar berdua untuk PKP Fasa 4

oleh HEZERI SAMSURI|
Berita gembira untuk ketua keluarga yang terpaksa menyerahkan jawatan kerana tidak mampu mengenal pasti sayuran di pasar.

Kemaskini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang diwartakan semalam membenarkan ketua keluarga membawa seorang lagi ahli keluarga ketika keluar membeli makanan atau barangan keperluan sepanjang tempoh  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 bermula hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warta kerajaan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Perubahan itu kini membenarkan seorag individu keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain dan disertai oleh seorang lagi ahli keluarga yang tinggal serumah.

Peraturan kawalan pergerakan tidak melebihi 10 km dari tempat kediaman masih kekal tetapi kelonggaran diberikan sekiranya keperluan itu tidak ada dalam lingkungan jarak itu.

Seksyen 5 dalam akta itu pula membenarkan orang ramai mendapatkan kebenaran bertulis dari balai polis berhampiran sekiranya terpaksa melakukan pergerakan jauh bagi sebab selain keperluan harian dan perubatan.

Sesiapa yang melanggar perintah PKP boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

PKP Fasa 4 bermula hari ini sehingga 12 Mei depan.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…