COVID-19: Denda RM30,000 jika langgar jarak hubungan sosial di Singapura

oleh SALINA JALIL|
Rakyat Singapura boleh berdepan denda maksimum SG$10,000 (RM30,000) dan hukuman penjara sehingga enam bulan jika mereka sengaja berdiri hampir dengan individu lain sekali gus tidak mematuhi arahan jarak hubungan sosial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Peraturan lebih tegas itu diumumkan hari ini sebagai usaha untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19) yang telah merekodkan 683 kes jangkitan dan dua kematian.

 

Di bawah langkah itu, individu dilarang berdiri terlalu hampir kurang satu meter dengan orang lain ketika beratur atau duduk di tempat awam.

 

Pemilik premis perniagaan juga perlu mengambil langkah untuk melaksanakan jarak hubungan sosial tersebut atau bakal berdepan hukuman sama jika melanggar peraturan tegas tersebut.

 

Awal minggu lalu, Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan pemerintah perlu menguatkuasakan langkah jarak sosial yang lebih selamat.

 

 

CNA

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…