COVID-19: e-bazar, pesanan dalam talian dan penghantaran melalui e-hailing SAHAJA

oleh SALINA JALIL|
Kabinet meluluskan penganjuran e-bazar menerusi pesanan yang dibuat dalam talian dan dihantar menggunakan kemudahan e-hailing.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dua lagi konsep e-bazar, iaitu pandu lalu dan ambil pesanan yang ditempah di gerai belum diluluskan serta masih diperhalusi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Dua lagi konsep ini, Kabinet meminta terus diperhalusi kerana kebimbangan kita jumlah kenderaan yang terbabit apabila konsep pandu lalu diperkenalkan, saya percaya akan ramai keluar serentak," katanya pada sidang medianya, hari ini.

 

Beliau berkata, dua lagi konsep itu didapati menyukarkan pihak polis dalam melakukan kawalan lalu lintas, selain membuka ruang kepada orang ramai memberi alasan mudah untuk keluar.

 

“Alasan baharu untuk ambil produk yang dipesan ini akan menyukarkan polis. Lebih banyak alasan diberikan oleh mereka yang agak sukar patuh PKP.

 

“Setakat ini, kita setuju satu saja yang lain kita minta diperhalusi,” katanya.

 

#DudukRumah      #KitaJagaKita

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…