COVID-19: Jadual Operasi Premis Perniagaan di Negeri Sembilan

oleh SALINA JALIL|
Menteri Besar Negeri Sembilan telah mengeluarkan arahan terbaharu setelah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Negeri Sembilan di Wisma Negeri pada hari ini.


Mesyuarat tersebut bertujuan untuk menguruskan krisis dan bencana berkaitan COVID-19. Selain itu, mesyuarat tersebut juga adalah untuk memberi gambaran jelas berkaitan status terkini kes COVID-19 di Negeri Sembilan mahupun di peringkat nasional.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berdasarkan mesyuarat tersebut, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyelaras jadual operasi premis perniagaan berkuat kuasa 24 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 seperti berikut:

 

(i) Semua premis makan, restoran, gerai makan di tepi jalan atau bahu jalan dan kendara saji (foodtruck) yang diberi lesen perniagaan (termasuk yang beroperasi 24jam) dibenarkan beroperasi dari 7 pagi sehingga 8 malam sahaja.

 

(ii) Semua pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka termasuk yang beroperasi 24 jam dibenarkan beroperasi bermula 7 pagi sehingga 8 malam sahaja.

 

(iii) Semua stesen minyak, termasuk kedai serbaneka stesen tersebut dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam sahaja.

 

(iv) Semua pasar awam dibenarkan beroperasi untuk pengguna mulai 6 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.

 

(v) Semua pasar malam, pasar tani dan dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi.

 

Dalam masa yang sama, bantuan akan turut diagihkan dalam masa terdekat. Peruntukan RM100,000 yang diterima daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri kepada jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah di semua daerah di Negeri Sembilan.

 

Kerajaan Negeri turut bersetuju untuk memberi peruntukan tambahan khas sebanyak RM100,000 sebagai bantuan kepada petugas dan keperluan lain semasa penularan Covid-19 ini.

 

Pejabat Menteri Besar turut berharap semua rakyat di Negeri Sembilan memberikan kerjasama dengan mengikut segala arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

 

negeri sembilan

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…