COVID-19: Malindo Air sambung operasi penerbangan domestik minggu hadapan

oleh HEZERI SAMSURI|
Malindo Air akan mula terbang ke semua destinasi penerbangannya di Malaysia mulai 27 April minggu hadapan.

Syarikat penerbangan yang berpengkalan di KLIA dan di Lapangan terbang Sultan Abdul Aiziz Shah di Subang itu akan terbang sekali sehari ke semua destinasi tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tambang adalah RM199 untuk perjalanan sehala di dalam Semenanjung Malaysia dari Subang ke Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar, Kota Bahru, Kuala Trenggani dan Johor Bahru.

Penerbangan dari KLIA ke Kuching pula berharga RM299 sehala untuk kelas ekonomi dan RM499 untuk kelas perniagaan.

Tambang dari KLIA ke Kota Kinabalu pula ialah RM399 (sehala) untuk ekonomi dan RM699 untuk kelas perniagaan.

KLIA ke Pulau Pinang ialah RM159 untuk penerbangan sehala dalam kelas ekonomi dan RM399 untuk kelas perniagaan.

Semua penerbangan antarabangsa masih tidak dibenarkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…