COVID-19: NGO dinasihatkan perlu minta kebenaran dari MKN - Polis

oleh HEZERI SAMSURI|
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata organisasi bukan kerajaan (NGO) perlu meminta izin dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum melakukan kerja-kerja amal mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hamid berkata selain dari NGO, sektor swasta, agensi kerajaan dan jabatan serta kementerian juga sepatutnya meminta kebenaran dari MKN sebelum menjalankan sebarang aktiviti.

"Mana-mana individu yang mahu menjalankan kerja amal perlu meminta kebenaran dari MKN dan perlu mematuhi prosidur operasi standard (SOP) yang ditentukan," ujar beliau kepada pengamal media.

Hamid juga berkata tidak ada VIP yang diberi keistimewaan untuk bergerak bebas ketika PKP.

Ini merujuk kepada insiden di mana Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang dilihat makan beramai-ramai di sebuah majlis. Beliau bagaimanapun akan dipanggil oleh Polis Perak untuk siasatan lanjut.

Pada pendapat Careta, sebenarnya ada ramai lagi VIP yang "turun padang" membantu untuk menyebarkan bantuan di kala PKP ini.

Keberanian VIP-VIP ini untuk turun untuk membantu rakyat walaupun terpaksa mengambil risiko jangkitan wabak coronavirus ini adalah selari dengan tabiat semulajadi ahli politik di mana mereka kebal dan juga bebal.

* Artikel diasaskan dari laporan The Sun

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…