COVID-19: Peringatan dari PLUS; patuhi SOP keselamatan di R&R dan plaza tol

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) terus mengingatkan para pelanggannya supaya terus mematuhi Prosidur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Diwajibkan pemakaian pelitup muka dan mematuhi penjarakan fizikal satu meter apabila berada di kawasan awam seperti di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan ketika berinteraksi dengan Pembantu Khidmat Pelanggan PLUS di lorong tol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peringatan ini diberikan berikutan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 secara mendadak di seluruh negara sejak kebelakangan ini terutama di negeri-negeri di mana rangkaian lebuh raya PLUS beroperasi.  


Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS berkata,“Kami menyeru pelanggan lebuh raya kami untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Dalam semangat “Kita Jaga Kita”, matlamat kami adalah untuk menjaga semua pelanggan lebuh raya dengan baik. 


Setiap petugas PLUS daripada Pembantu Khidmat Pelanggan, anggota PLUSRonda sehingga kepada penyelia plaza tol mematuhi sepenuhnya SOP dengan memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan fizikal satu meter pada setiap masa ketika berinteraksi dengan pelanggan. 


Oleh itu, kami memohon kerjasama yang sama daripada pelanggan kami supaya mematuhi SOP ini ketika petugas kami memberikan perkhidmatan kepada anda di lebuh raya,” katanya . 
 

Di bawah amalan norma baharu oleh organisasi yang menguruskan premis yang dibuka kepada umum, pelanggan dilarang masuk atau melakukan transaksi sekiranya tidak memakai pelitup muka. Oleh itu, PLUS juga menggunakan pendekatan yang sama. 


PLUS menegaskan bahawa sangat penting bagi semua pihak memainkan peranan dengan mematuhi SOP untuk memastikan keselamatan pelanggan, petugas barisan hadapan kami dan orang ramai yang memasuki lebuh raya selari dengan arahan Kerajaan dalam menghadapi wabak ini iaitu #KitaJagaKita. 


Selain daripada pemeriksaan suhu badan pelanggan yang wajib dijalankan di setiap R&R dan pengesanan kontak melalui Aplikasi MySejahtera, PLUS turut memberi penekanan terhadap kebersihan makanan di samping kebersihan di seluruh premis R&R, hentian sebelah dan plaza tol melalui pembersihan rutin dan sanitasi secara berjadual. 


Dengan kira-kira 1.5 juta kenderaan memasuki lebuh raya setiap hari dan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 pada ketika ini, ia memerlukan PLUS untuk sentiasa berwaspada. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…