Pakar beri 5 cadangan tambah baik Smart Lane

oleh HEZERI SAMSURI|
Gambar Smart Lane dari Malay Mail
Laluan tambahan Smart Lane yang diperkenalkan oleh PLUS (Lebuhraya Utara Selatan) untuk lebuhraya mereka adalah satu idea yang baik tetapi perlu ditambah baik, ujar pakar keselamatan jalanraya, Mohd Rawi Omar.

Smart Lane diwujudkan seawal tahun 2019 di mana laluan kecemasan dibuka untuk semua kenderaan bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya tersebut ketika waktu puncak dan juga ketika musim perayaan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di kawasan itu dibuka.

Rawi turut memberi beberapa cadangan untuk menambah-baik Smart Lane.

1. Pemasangan lampu isyarat khas untuk memaklumkan Smart Lane dibuka.

2. Tukar jalur putih kepada warna lain untuk pengguna tahu itu ialah laluan Smart Lane.

3. Tulisan Smart Lane dicat pada permukaan jalan di kawasan itu.

4. Wujudkan menara tinjau atau pengawal bagi memantau penggunaan Smart Lane dan mengarahkan trafik untuk menggunakan laluan itu.

5. Perbanyakan lagi pengumuman di media sosial dan media arus perdana akan kewujudan Smart Lane.

Mungkin apa yang dicadangkan oleh Rawi itu ada benarnya?  Kami juga kongsikan persoalan yang sama di media sosial X di bawah nama penulis (Hezeri Samsuri) dan ramai beri cadangan yang bagus-bagus.

Apa pendapat anda tentang cadangan beliau? Adalah Smart Lane berkesan?

Kongsikan bersama kami.

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, laluan Smart Lane boleh dikenal pasti melalui paparan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing…
Berita Domestik
Beliau turut menjangkakan lebih 70,000 kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)…
Berita Domestik
"Pihak konsesi ada hak melaksanakan MLFF mereka sendiri walaupun tertakluk kepada arahan dan hala…