COVID-19: Perlu kemas kini aplikasi Gerak Malaysia versi terbaharu sebelum merentas negeri

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memberitahu bahawa mereka yang mahu melakukan perjalanan merentas desa bermula esok (7 Mei) sehingga 10 Mei ini untuk menggunakan aplikasi Gerak Malaysia versi yang terkini.

Menurut beliau, sebanyak 1.4 juta kali aplikasi tersebut telah dimuat turun dan 503,276 permohonan pergerakan merentas negeri telah diterima.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 143,516 permohonan telah diluluskan setakat ini manakala sebanyak 13,069 borang permohonan secara manual diterima dari balai polis.

Huzir meminta kesemua rakyat Malaysia yang telah dan akan memohon untuk melakukan pergerakan antara negeri itu agar mengemaskini aplikasi Gerak Malaysia kepada versi 2.5, iaitu versi yang terkini.

 

 

Versi 2.5 untuk Gerak Malaysia sudah boleh dimuat turun dari Google Play Store untuk peranti Android sekarang. Seramai 70 peratus rakyat Malaysia menggunakan peranti Android.

Versis 2.5 untuk peranti Apple iOS dijangka akan hanya boleh dimuat turun pada tengah malam ini nanti.

Huzir menerangkan sebelum ini, PDRM berkata orang ramai hanya perlu memohon dan mengemaskini maklumat di dalam aplikasi Gerak Malaysia sahaja dan tidak ada kelulusan diperlukan.

"Sekarang, mereka perlu mengemas kini aplikasi kepada versi terkini dan juga mengemaskini butiran peribadi mereka untuk mendapatkan kod QR. Kod QR ini akan diimbas oleh pegawai polis di setiap sekatan jalanraya," terangnya ketika sidang media di Bukit Aman petang tadi.

 

 

"Cara ini terpaksa dilakukan kerana lebihh dari 500,000 orang yang membuat permohonan. Cuma 29.5 peratus sahaja dari jumlah itu yang mengemas kini pergerakan antara negeri mereka," ujar Huzir lagi.

Lebih dari 70 peratus dari pemohon langsung tidak membuat kemas kini pada aplikasi itu, dan ia menjadi antara sebab kenapa PDRM sekarang mahu pemohon untuk mendapatkan kod QR.

"Kod QR ini penting agar tiada yang menyalah-gunakan kebenaran merentas negeri ini. Ia juga membantu PDRM untuk membuat perancangan bagi melancarkan aliran trafik," terang Huzir lagi.

 

gerak malaysia

 

Untuk mereka yang mempunyai masalah untuk memuat turun aplikasi itu kepada telefon mereka, mereka boleh membuat permohonan secara manual di mana-mana balai polis terdekat.

Huzir juga mengingatkan bahawa motosikal tidak dibenarkan untuk membuat perjalanan merentas negeri dari 7 hingga 10 Mei nanti kerana kesukaran mengawal pengguna bermotosikal dari syarat penjarakan sosial bila mereka berhenti berkumpulan. 

Huzir juga berkata untuk keluarga dengan lebih dari empat orang penumpang, ia akan tertakluk pada budi bicara pegawai polis di setiap sekatan jalanraya.

Beliau menambah perkhidmatan di hentian lebuhraya yang masih beroperasi hanyalah tandas. Mereka tidak dibenarkan berdiri di luar kenderaan. Stesen minyak pula akan dibuka sehingga jam 12 tengah malam.

"Mereka boleh mengisi destinasi negeri mereka dan jika mereka mahu pulang semula, mereka perlu mengemas kini lagi sekali aplikasi Gerak Malaysia agar mendapat kod QR yang baharu," tambah Huzir.  

"Perjalanan pulang perlu mengikut jadual perjalanan yang telah dikeluarkan," katanya lagi. 

  • Dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman di negeri lain seluruh negara: 7 Mei 2020
  • Dari Perak, Johor dan Kelantan: 8 Mei 2020
  • Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Pahang: 9 Mei 2020
  • Dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu: 10 Mei 2020

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Al-Ishsal Ishak berkata aplikasi Gerak Malaysia vesi 2.5 akan membenarkan orang ramai mengisi butiran tempat asal dan destinasi negeri yang mereka tuju.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…