Beliau menambah segala input dan maklumat kemudian akan dikumpulkan dan dibincangkan untuk ditentukan prosedur operasi standard (SOP) yang terbaik.
Ismail bagaimanapun dilaporkan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana walaupun belum bermesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), mereka sudah mencadangkan SOP yang amat baik.
Ismail berkata perbincangan perlu dilakukan bersama MKN dan KKM dahulu sebelum ia dijalankan.
Beliau juga peraturannya masih perlu diperhalusi. Contoh terbaik ialah arahan satu penumpang untuk satu kereta sahaja - menjadikan masalah kerana untuk berkeluarga, anda perlu memiliki lebih dari dua orang.
"Tak kan ketua keluarga kena tinggal keluarganya di kampung?
Untuk yang tidak mempunyai kenderaan pula, adakah pihak kerajaan perlu menyewa bas? Banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan," ujar beliau kepada Astro Awani
Careta akan memantau isu ini dan akan memberikan laporan sebaik sahaja ada perkembangan.
* Laporan asal dari Astro Awani