COVID-19: Sabah benarkan operasi penghantar, COD persendirian dari 6 pagi ke 6 petang

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju membenarkan perkhidmatan penghantar atau pembayaran tunai semasa serahan (CoD), setiap hari mulai pukul 6.00 pagi hingga 6.00 petang, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dalam kenyataan berkata, perkhidmatan itu dibenarkan beroperasi bagi penghantaran barang penting seperti bahan mentah, makanan siap dimasak, hasil tani, tong gas dan ubat-ubatan sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah akan mendaftar dan menyelaras operasi perkhidmatan ini," katanya.

 

Safar berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membenarkan kedai komputer, kedai telefon bimbit, kedai fotostat, kedai alat tulis beroperasi bagi membolehkan pelajar mendapat peralatan berkaitan, bagi tujuan pembelajaran secara dalam talian.

 

Katanya, kedai menjual peralatan keagamaan di negeri ini turut dibenar beroperasi, dan semua kedai terbabit dibenarkan beroperasi tiga hari seminggu, iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…