COVID-19: Saman sebab naik kenderaan lebih seorang dan tak pakai topeng - palsu

oleh HEZERI SAMSURI|
Berita yang tular di media sosial Whatsapp yang mengatakan Polis Di Raja Malaysia akan menyaman kenderaan dengan lebih dari seorang penumpang serta tidak memakai topeng adalah palsu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini dinyatakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga disahkan oleh laman web kerajaan, Sebenarnya.my

Menurut laman web tersebut, tidak ada arahan dari pihak polis berkaitan kedua perkara tersebut.

Kepada pemilik suara di dalam voice note Whatsapp itu, sila solat taubat dan berdoa pihak polis tidak mengetuk pintu rumah anda kerana menyebarkan berita palsu.

Apapun, patuhi arahan MKN untuk memastikan hanya ketua keluarga sahaja yang keluar untuk membeli makanan atau bekalan dan pakai topeng muka setiap kali keluar rumah.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Catatan pada video itu dilihat palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam…
Informasi
Beliau menegaskan, tiada jalan singkat untuk memperoleh lesen memandu kecuali mengikut saluran…
Berita Global
Namun, sekali hud enjin dibuka, terpampang nadi enam silinder sebaris RB26 yang biasanya wujud pada…