Cybertruck kayu dari Vietnam ini jauh lebih cantik berbanding model asal

oleh Penyumbang Rencana 2|
Ketika Tesla sedang bergelut dengan isu pengeluaran Cybertruck, seorang tukang kayu Vietnam tampil dengan model Cybertruck tersendiri - dan seperti yang anda jangka, ia diperbuat daripada bahan kayu!
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Selain menghasilkan sebuah Cybertruck yang sangat terperinci itu, beliau juga turut mencipta model Cyberquad yang boleh diletakkan di bahagian bed belakang Cybertruck. 

Difahamkan, proses pembuatan trak pikap kayu ini mengambil masa selama 100 hari, bermula dengan pemasangan bingkai logam, diikuti roda dan sistem gantungan. 
 

CB


Sama seperti model Cybertruck yang sebenar, Cybertruck kayu ini turut dipasangkan dengan motor elektrik dan pek bateri. 

Jika diperhatikan dengan teliti, binaan badan Tesla Cybertruck yang dihasilkan oleh ND -  Woodworking Art ini mempunyai ciri panel badan yang lebih rapat berbanding model asal, membuktikan kemahiran pertukangan yang dimiliki oleh lelaki Vietnam ini. 

Bahagian seperti bampar, fender, dan juga side sills telah diperbuat daripada bahan kayu yang lebih gelap untuk membezakannya dengan warna terang pada badan utama. 
 

CV


Malah, beliau juga turut menghasilkan penutup roda, cermin, sistem lampu LED yang berfungsi sepenuhnya, diikuti dengan bukaan empat pintu yang sebenar, serta ruang kabin yang lengkap dengan papan pemuka, stereng, konsol tengah, dan tempat duduk yang sama seperti model Cybertruck yang asal. 

Akhir sekali, ruang kargo belakang telah dipasangkan dengan tanjakan yang mampu memudahkan Cyberquad kayu naik dan duduk diam pada bahagian tersebut. 
 

CV


Setelah siap dengan setiap pemasangan luar dan dalam dengan terperinci, model replika kayu itu telah dipandu uji untuk membuktikan kekukuhan dan kualiti binaannya. Sudah tentu, Cybertruck kayu itu tidak sah di jalanan dan hanya boleh dipandu pada kelajuan rendah. 
  
Pembina model kayu ini berhasrat untuk memberikan ciptaan beliau kepada kepada CEO Tesla itu sendiri, iaitu Elon Musk. Dalam nota khas di penghujung video, ND - Woodworking Art menawarkan Cybertruck kayu sebagai hadiah kepada CEO Tesla, lengkap dengan logo X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) bercahaya pada pintu trak tersebut. 

 

Penulis: Firdaus Razani

Sumber : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini penampilan terakhir Tesla Cybertruck di Malaysia sedang dipamerkan di Mid Valley Southkey,…
Berita Domestik
Pengunjung berpeluang secara eksklusif untuk melihat trak Cybertruck dengan lebih dekat dan merasai…
Berita Global
Puluhan pelawat ke Carbon Neutrality Expo mengerumun ke booth Tesla untuk melihat trak Cybertruck…