Cycle & Carriage Glenmarie peroleh akreditasi tertinggi untuk Pusat Badan & Cat Mercedes-Benz

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Baru-baru ini, Cycle & Carriage Glenmarie Body & Paint Centre telah menerima naik taraf kepada status akreditasi Mercedes-Benz tertinggi yang menjadikannya salah satu daripada hanya dua Pusat Badan & Cat bertauliah tersebut di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mencapai status tersebut, garis panduan tegas daripada Mercedes-Benz Group AG perlu dipatuhi dengan beberapa siri penilaian terhadap Body & Paint Centre dijalankan bersama oleh Pakar Teknikal dari Mercedes-Benz Global Service & Parts dan Pasukan Perkhidmatan Pelanggan Mercedes-Benz Malaysia.

 

2

 

Ianya termasuk latihan teknikal untuk memastikan kakitangannya terlatih dan memenuhi piawaian Mercedes-Benz dalam memulihkan kenderaan kepada spesifikasi asal, daripada kemek kecil kepada hingga yang rosak teruk.

Cycle & Carriage Glenmarie memiliki keluasan 86,600 kaki persegi yang terdiri dari bengkel, pusat badan & cat, butik tayar & rim, bilik pameran dengan 10 unit paparan dan kawasan pejabat.

 

3

 

Ianya mampu untuk mengendalikan 21 unit kenderaan di ruang kerjanya dan 15 unit kenderaan untuk pusat badan dan cat pada satu-satu masa.

Ia juga lengkap dengan peralatan dan pengetahuan teknikal untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan yang kompleks termasuk penjajaran semula casis dan kimpalan struktur aluminium, memastikan bahagian asal digunakan dan kerja dilakukan oleh juruteknik bertauliah.

 

4

 

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Thomas Tok berkata, “Di Cycle & Carriage, kami meletakkan keselamatan pelanggan di tengah-tengah segala yang kami lakukan, termasuk pembaikan dan perkhidmatan,"

"dan kami berbangga untuk mengatakan bahawa Cycle & Carriage Glenmarie telah mencapai Status terakreditasi Mercedes-Benz yang tertinggi untuk dapat memberikan anda penjagaan dan perkhidmatan yang diperlukan daripada jenama mewah premium.”

 

5

 

“Cycle & Carriage kekal komited terhadap kecemerlangan dalam menawarkan perkhidmatan kereta mewah. Kami menjangkakan lebih ramai pemilik Mercedes-Benz mendapat manfaat daripada perkhidmatan pembaikan bertaraf dunia yang ditawarkan,"

"dan akan terus meningkatkan lebih banyak kemudahan selepas jualan untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan kami,” tambahnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam usahanya menyediakan pengalaman yang mampan kapad pelanggan, pekerja dan komuniti Cycle…
Berita Domestik
Seperti kebanyakan negara di peringkat global, Malaysia turut menyaksikan peningkatan minat…
Berita Domestik
Jenama itu bersatu untuk menjadi tuan rumah Pengembaraan Kenderaan Elektrik (EV) pertama di…