Cycle & Carriage lancar kedai konsep gaya hidup 'neu' di 1Utama

oleh Mohamad Hanif|
Cycle & Carriage selaku pengedar kenderaan berjenama Mercedes-Benz di Malaysia baru-baru ini melancarkan pembukaan kedai konsep gaya hidup bertempat di pusat membeli belah 1Utama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

neu by Cycle & Carriage (disebut sebagai noy, membawa maksud baharu dalam bahasa Jerman) bakal membawakan pengalaman baharu buat para pelanggan Mercedes-Benz serta membuka pintu kepada pelanggan baharu bagi jenama itu.
 

neu


Kedai konsep ini bakal membawakan beberapa tema yang berbeza sepanjang empat bulan ini seperti kemampanan, elektrifikasi, fesyen dan juga cabaran luar di mana para pengunjung boleh menjangkakan pelbagai barisan model menarik yang selari dengan tema yang dipilih.

Menurut Thomas Tok selaku CEO Cycle & Carriage berkata, "sejak tahun 1899, Cycle & Carriage sentiasa berdaya tahan untuk menyesuaikan diri dan berkembag sambil terus komited untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan dan produk di dalam sektor automotif.
 

neu


"Dengan neu by Cycle & Carriage, kami berharap untuk menterjemahkan komitmen ini kepada pengalaman dan inspirasi yang mampu dilihat, disentuh, dirasai dan dihubung secara digital oleh rakyat Malaysia.

Selain daripada pameran mengikut tema yang ditetapkan, neu by Cycle & Carriage juga turut berfungsi sebagai bilik pameran di mana pelanggan boleh melihat model-model terbaharu termasuklah Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC dan SUV elektrik EQA 250, selain membuat temujanji pandu uji dan terus menempah model secara terus.

Barangan eksklusif Mercedes-Benz juga turut dijual di kedai konsep tersebut yang terletak di G316, Level G, 1Utama Shopping Centre (New Wing).

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam usahanya menyediakan pengalaman yang mampan kapad pelanggan, pekerja dan komuniti Cycle…
Berita Domestik
Seperti kebanyakan negara di peringkat global, Malaysia turut menyaksikan peningkatan minat…
Berita Domestik
Jenama itu bersatu untuk menjadi tuan rumah Pengembaraan Kenderaan Elektrik (EV) pertama di…