Dacia Duster Pick-Up guna asas dari SUV Duster

oleh Mohamad Hanif|
Tidak menjadi satu perkara yang aneh apabila sesebuah pengeluar tampil dengan versi pikap daripada model sedan/SUV, memandangkan ia telah pun dilakukan sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti contoh, Holden Ute daripada station wagon VT Commodore, serta Proton Arena  daripada platform Proton Wira.

Tidak ketinggalan, terdapat juga cubaan daripada pihak ketiga atau coachbuilder seperti kes Bufori menghasilkan Proton Preve Ute.

 


Sementara itu, coachbuilder Romania, Romturingia baru-baru ini memperkenalkan sebuah pikap yang menggunakan asas daripada generasi kedua SUV Dacia Duster, dikenali sebagai Duster Pick-Up. 

Duster Pick-Up hanya terdapat dalam versi kabin tunggal sahaja bagi memastikan penawaran ruang kargo yang lebih memadai. 

Dari segi dimensi, bed belakang Dacia Duster Pick-Up ini memiliki panjang 1.65 meter yang mampu memuatkan sehingga 1,000 liter barang, dan muatan berat sehingga 500 kg. 

Bahagian tailgate pikap ini diperbuat daripada bahan komposit bagi melindungi kerangka keluli, namun masih lagi mengekalkan rekaan asal SUV Duster. 
 


Jika dibandingkan dengan SUV asal, pikap ini lebih pendek 19 mm dan mempunyai jarak kelegaan tanah setinggi 224 mm. 

Enjin yang digunakan pula adalah nadi diesel turbo 1.5 liter BlueDCi yang menghasilkan 115 PS, daya kilas 260 Nm dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan serta sistem pacuan empat roda. 

Menariknya, trenkuasa tersebut menawarkan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 4.93 liter untuk setiap 100 km. 

Sebagai sebuah kuda kerja, Duster Pick-Up hanya ditawarkan dalam warna tunggal Glacier White, roda aloi 16 inci, serta bantuan keselamatan seperti bantuan mula mendaki, kawalan menurun cerun, dua beg udara, ABS, EBD dan program kestabilan elektronik. 
 


Di Romania, harga jualan bermula dari  €22,546 (RM111,193), kenaikan sebanyak €4,046 berbanding model asal SUV Duster Blue dCi 4WD. 

Tiada sebarang perancangan untuk eksport, sementara para pelanggan Dacia di Romania boleh menempah produk pikap ini bermula 22 Oktober ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara model Proton yang sudah pun lama dihentikan produksinya disebabkan oleh kurang permintaan,…
Berita Domestik
Angka itu sekaligus dapat mengekalkan Daihatsu Gran Max sebagai model pikap dan van panel nombor 1…
Berita Domestik
Menurut Felix Haller, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Pasaran Antarabangsa untuk Bufori,…