Daihatsu akan bayar kerugian pada 420 pembekal-pembekal

oleh HEZERI SAMSURI|
Daihatsu Motor akan memulakan perbincangan dengan 420 pembekal komponen yang bakal mengalami kerugian atas keputusan menghentikan penghantaran produk-produk syarikat automotif itu.

Daihatsu bertindak untuk menghentikan penghantaran produk-produk mereka selepas satu panel penyiasatan menjumpai beberapa isu di dalam operasinya.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Ia juga akan menghentikan operasi di kilang-kilangnya di Jepun pada 26 Disember ini untuk membantu penyiasatan.

Menurut Asia Nikkei, Rabu lalu Daihatsu telah membuat mesyuarat dengan vendor-vendor Tier 1 mereka bagi membincangkan bayaran gantirugi atau pampasan bagi jumlah pendapatan yang hilang kerana operasi pembuatan yang akan diberhentikan untuk sementara waktu.

Laman web itu juga melaporkan bahawa Daihatsu mempunyai kilang-kilang pengeluaran di Osaka, Kyoto, Shiga dan Oita dan walaupun ia telah menghentikan penghantaran, syarikat itu masih menerima komponen-komponen dan pekerja-pekerja masih meneruskan operasi pemasangan untuk kenderaan-kenderaan yang sudah dalam proses pembuatan.

Semua kilang-kilang pemasangan Daihatsu di Jepun akan diberhentikan untuk sementara waktu kelak dan ia masih tidak memberi keputusan samada tindakan yang sama akan dilakukan untuk kilang-kilang mereka di luar negara itu.

Dari apa yang difahamkan kepada Careta, isu yang terjadi sekarang hanya terhad kepada proses laporan operasi dan bukannya membabitkan kualiti atau keselamatan kenderaan tersebut.

Jika ia membabitkan isu keselamatan, arahan panggil semula akan dikeluarkan oleh kerajaan Jepun tetapi apa yang berlaku ialah Daihatsu sendiri yang mahu menghentikan operasi bagi memeriksa semula cara laporan operasi dilakukan, hasil siasatan pihak ketiga yang dipanggil oleh syarikat itu sendiri.

Daihatsu juga seperti biasa, akan menunjukan prihatin mereka kepada pembekal-pembekal mereka, seperti apa yang pernah dilakukan oleh mereka ketika COVID19 melanda seluruh dunia. Ketika COVID19, Daihatsu memberikan bantuan kewangan kepada vendor-vendor mereka, termasuk di Malaysia. 

Cara Jepun untuk menjaga kualiti dan sifat telus mereka ini kadang-kadang memeningkan kepala dan paling merisaukan, akan digunakan sebagai sebagai bahan untuk mengkritik syarikat kei-car nombor satu Jepun itu.

 

Berita Berkenaan

Tekno Careta
    Pertengahan 80-an, ia diganti dengan model KP70 pula, di mana perubahan yang sangat ketara…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…