Daihatsu akui palsukan data ujian keselamatan selama lebih 30 tahun!

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Bloomberg
Daihatsu mengakui telah memalsukan data ujian keselamatan kenderaannya sejak lebih 30 tahun yang lalu, lapor CNN.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluar kereta penumpang saiz kecil itu diberitakan telah menghentikan produksi di semua empat kilang di Jepun pada Selasa lalu, termasuklah satu yang terletak di ibu pejabat Osaka.

Penangguhan produksi sehingga sekurang-kurangnya akhir Januari itu bakal menjejaskan kira-kira 9,000 orang pekerja yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran kenderaan domestik.

Siasatan terbaharu itu turut mendapati kes tertua dikesan sejak tahun 1989 lagi, dengan peningkatan bilangan kes yang ketara sejak tahun 2014.

Minggu lalu, Daihatsu mengumumkan jawatankuasa bebas pihak ketiga telah menemukan bukti terdapat 174 kes penyelewengan data ujian keselamatan melibatkan 64 buah kenderaan, termasuklah model yang dijual dibawah jenama Toyota.

Skandal terbaharu ini merupakan satu lagi tamparan hebat buat pengeluar kei car tersebut, yang sebelum ini turut mengakui telah melanggar piawaian ujian kemalangan ke atas lebih 88,000 buah kereta, kebanyakannya dijual dibawah jenama Toyota di negara seperti Malaysia dan Thailand.

Sumber: CNN

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Daihatsu bercadang untuk menambah jumlah ujian pensijilan kualiti kepada pekerja-pekerjanya…