Daihatsu Osanpo - konsep kereta EV off-road comel

oleh HEZERI SAMSURI|
Ini memang satu konsep yang kalau benar akan dihasilkan, akan hanya popular di pasaran Jepun.

Daihatsu Osanpo, yang bermaksud "jalan-jalan", ialah seperti apa yang dicadangkan oleh namanya, sebuah kenderaan rekreasi yang memudahkan untuk seseorang berjalan-jalan makan angin.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut Daihatsu, kereta "open-top" tanpa bumbung ini sesuai untuk mereka yang suka menikmati udara segar, tetapi tak suka berjalan kaki.

Osanpo mungkin bersaiz seperti Vision Copen, tetapi ia nampak lebih jantan dan mempunyai lega bumi yang jauh lebih tinggi. Malah ruang tayar dan bamper depan dan belakang adalah terbuka, seperti sebuah "dune buggy".

 

 

Dijana menggunakan bateri sepenuhnya (spesifikasi tidak diberikan), Osanpo ialah umpama kenderaan 4X4 dalam bentuk kereta sporti tanpa bumbung.

Kali terakhir sebuah kenderaan mirip konsep ini dihasilkan ialah Suzuki X-90 4X4 yang dijual dalam tahun 90-an.

Dan ya, nama X90 bukan satu nama baharu.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Tekno Careta
    Pertengahan 80-an, ia diganti dengan model KP70 pula, di mana perubahan yang sangat ketara…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…