Daihatsu Xenia peroleh skor 3 bintang ASEAN NCAP

oleh Mohamad Hanif|
Program Penilaian Kenderaan Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) baru-baru ini telah mengumumkan keputusan ujian yang dijalankan terhadap model MPV Daihatsu Xenia yang dilancarkan untuk pasaran Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daihatsu Xenia merupakan model pertama Daihatsu yang diuji di bawah protokol terbaharu 2021-2025 dengan mencatatkan skor 64.50, melayakkannya menerima penarafan tiga bintang ASEAN NCAP.

 


Jumlah markah yang dicapai oleh MPV tujuh tempat duduk itu dikumpul daripada empat kategori penilaian yang dijalankan seperti berikut:
• Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 32.53/40.00 mata
• Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) - 14.37/20.00 mata
• Bantuan Keselamatan (SA) - 10.00/20.00 mata
• Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 7.50/20.00 mata
 

Xenia


Walaupun Daihatsu Xenia memperoleh skor yang baik dalam perlindungan terhadap penumpang dewasa dan kanak-kanak, kekurangan dari ciri bantuan keselamatan menyebabkan MPV tersebut memperoleh skor yang rendah dalam kategori SA dan MS.

Secara standard, Daihatsu Xenia menawarkan kelengkapan dua beg udara (varian tertinggi dapat enam beg udara), ABS, sistem peringatan tali pinggang keledar (SBR) untuk pemandu sahaja, serta teknologi Perindungan Pejalan Kaki untuk semua varian.

 


Ciri keselamatan termaju hanya ditawarkan sebagai opsyen untuk model varian tertinggi termasuklah Brek Kecemasan Autonomi (AEB) Bandar, AEB Inter-Urban, Bantuan Pengekalan Lorong (LKA), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pengesanan Titik Buta (BSD) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Baca: Daihatsu Xenia 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…