Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.
Berdasarkan ujian yang dibuat, trak pikap Triton baharu itu berjaya memperoleh penarafan lima bintang ASEAN NCAP, dengan jumlah skor keseluruhan 74.71 poin yang dikira berdasarkan empat aspek berikut:
• Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 32.52/40.00
• Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) - 17.54/20.00
• Bantuan Keselamatan (SA) - 14.44/20.00
• Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 10.22/20.00
Secara standard, Mitsubishi Triton dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti tiga beg udara, ABS, ESC, Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk pemandu dan penumpang, serta teknologi perlindungan pejalan kaki.
Ciri lain yang tersedia untuk varian tertinggi termasuklah Brek Kecemasan Autonomi (AEB) (Bandar, Inter-Urban, Pejalan Kaki), Amaran Keluar Lorong (LDP), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Pengesanan Titik Buta (BSD), Suluhan Tinggi Automatik (AHB), dan tujuh beg udara.
Selain daripada penilaian ujian pelanggaran impak sisi dan hadapan kecil, ASEAN NCAP turut mengesahkan ciri seperti AEB dan BSD berfungsi mengikut keperluan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pelanggaran dengan pengguna jalan raya yang lain.
Baca: Mitsubishi Triton 2024 - Tujuh Perkara Yang Harus Anda Tahu