Proton S70 2024 skor lima bintang ASEAN NCAP

oleh Mohamad Hanif|
Sedan terbaharu Proton S70 2024 telah dianugerahkan penarafan lima bintang dalam ujian pelanggaran kenderaan baharu ASEAN NCAP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori penilaian yang diuji seperti berikut:
• Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 36.46/40.00
• Perlindungan Kanak-kanak (COP) – 17.02/20.00
• Bantuan Keselamatan (SA) – 15.71/20.00
• Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) – 13.75/20.00
 

proton


Secara standard, Proton S70 dilengkapi dengan ciri termasuklah enam beg udara SRS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), ABS, Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR), teknolog perlindungan Pejalan Kaki dan Pengesan Kehadiran Kanak-kanak (CPD), serta Amaran Pelanggaran Belakang (RCW) untuk semua varian.

 


Ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) turut dimuatkan pada varian tertinggi seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), AEB Inter-Urban, AEB Pedestrian, Bantuan Suluhan Tinggi (AHB), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Pengekalan Lorong (LKA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan Amaran Tumpuan Pemandu (FDRS).

Baca: Spesifikasi Proton S70 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…
Berita Global
SUV segmen C Honda CR-V pertama kali diuji pada tahun 2014, di mana ia berjaya memperoleh lima…